24 Dec 2011

2 3 rasa menjadi 1

Menjadi perahsia untuk sesuatu rasa itu
Ada baik juga.
Tapi buruknya.
Takut sesuatu rasa menjadi dendam. 
Itu yang tak mahu. 

* Happy mid-sem holiday to all UiTMians and maybe also to other IPTA/S

19 Nov 2011

Dari RED ke MAROON .

Assalamua'alaikum wbt .

Dalam menghabiskan sisa sisa cuti semestar , saja la nak lepaskan gian habiskan stok tepung , telur dsb . Nanti takla " meroyan " bila dah balik ke kampus . Ahah . Klik sana klik sini . Terjumpa satu resipi kek red velvet . Kek apa tu ? Nak tahu sangat apa istimewanya kek ni , buat jelah . Jadi , inila hasilnya .






See . Saja menggatal letak warna biru sikit . Tu pasal jadi maroon . But , it looks nice . Cuma rasa . Ahah . Boleh la . Kalau nk cuba , ini resipinya . Copy paste dari My Resipi je . Selamat mencuba .

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

5 Nov 2011

Tanda Syukur

Dup dap dup dap
Pelbagai rentak dan irama dah jantung ni
Semuanya ada
Sedalamnya nafas disedut
Tapi rakus dilepaskan
" Calm yourself , bebeh " , kata penenag buat diri sendiri .
Doa banyak mungkin pada Dia
Minta kebaikan
Mohon dijauhkan keburukan
Okeh ! Hati dah tenang . Sedikit .

Fuhhhh . Syukur .
Dia mendengar doa aku .
Dia melihat usaha aku.
Dia memberi kebaikan atas segalanya .
Alhamdulillah . Sujud syukur pada Mu , Ya Allah .
Itu tanda terima kasih aku pada Kau .
Begitu besar keagungan Mu , Ya Rabbi .
Nafas lega dah boleh tarik lepas dah .
Tapi peringatan pada diri sendiri .
Kejayaan ini bukan untuk selama .
Jangan kau alpa .
Jangan kau lupa .
Sedar di bumi mana kau berpijak . 
Atas apa kejayaan ini dapat kau raih .
DUIT.
Itulah moto aku . * heee ~

Pada mereka yang tak senasib ,
Sedih itu pastilah dirasakan .
Menyesal dan cemburu apatah lagi .
* jujur , aku penah alami situasi ini . jadi jangan bohong pada aku .
Tapi jangan pula berkabung
Hingga putus harapan dalam diri kamu .
Ayuh bangkit bersama .
Bangkit bersama harapan dan impian .
Selagi ada peluang .
Jangan dilepaskan .
Jangan kau persiakan .
Nasib kita takkan berubah kalau kita sendiri tak ubahnya .
Kejar sana cita cita kau yang berlari tu .
Bersama sekali usaha yang gigih
Tidak lupa juga bersama redha ibu ayah dan Allah
Insya-Allah ,
Yang berlari itu dapat kau dakap . Satu hari nanti .
Insya-Allah .
Jadikanlah kegagalan hari ini sebagai " balas dendam " untuk mencapai kejayaan di masa akan datang .
*  Ini perangsang kata untuk diri aku kala ditimpa kegagalan . Jadi  tak salah untuk kamu yang bersedih . (=


p/s : Untuk kawan , kita semua pandai . Tapi ada kelebihan sendiri . Mungkin rezeki kau dilain hari . Mana tahu waktu itu , rezeki kau lebih dari aku . Rezeki Allah , mana boleh di duga kan ? (=


Ehem ehem . Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua umat Islam sedunia . Saya siap untuk dikorban . heee ~

3 Nov 2011

Untuk " kawan "

Terlalu sempurna .
Terlalu indah .
Berharaplah pada kesederahanaan .
Bukankah Islam lebih menggalakan sederhana dalam kehidupan .
Ia lebih molek .
Malah akan menjadikan hidup sempurna .

Memang bohong kalau aku sendiri tak harap
Untuk yang terlalu sempurna
Tapi kerana diri sendiri yang tak sempurna ,
Cukuplah aku berharap pada yang sama juga .
Aku sedar diri .
Taknak la ' demand '

Kau
Memanglah tak sempurna di mata hati aku
Tapi bukan hak aku pertikaikan
Cuma jangan jadi insan yang terlebih rendah diri nya
Yang mungkin bukan aku yang menghina
Tapi keliling kau yang hina
Tolonglah .
Dan sedarlah 
Ketidaksempurnaan kau pernah
Mengajar aku satu erti dalam kehidupan
Yang dulu kala
Terima kasih .


" Kurang sempurna sebenarnya menjadikan hidup kita lagi sempurna "
Itulah ' quote ' yang kat mana ntah aku lihat
Aku jadikan pegangan
Dalam aku mencari sesuatu

p/s : Islam sangat sempurna . Jadi , aku sentiasa berusaha mencari kesempurnaan itu . Mungkin ketidaksempurnaa itu akan menemukan kita dengan satu yang sempurna . Who knows , right ?? (=

1 Nov 2011

1.11.11

Ada apa dengan 1.11.11 ? Tak ada apapun [ bagi aku la ] .
Hanya sebuah tarikh .
Sama seperti yang lepas lepas .
Tapi aku peroleh hadiah dari seorang teman seperjuangan .
Sebuah puisi .
Yang diminta kala umur menginjak tua . [ tak malu bukan ? hee ]
Ini puisi nyerr . Klik sini (= .

Untuk teman ,
Terharu la sangat hati ini kala duduk diam baca puisi ini .
Terima kasih teman .
Ingin jugak reka puisi buat kau .
Tapi maaf .
Aku tak reti .
Tak reti reka ayat bunga bunga ke daun daun ke .

Buat teman dan juga teman yang lain,
Selagi mana aku mampu
Selagi mana kudrat ku ada
Aku akan bantu kau , wahai teman
Walau aku hanya ada sepasang telinga
Ataupun bahu waktu itu .

p/s : obses pada novel cinta tak menjadikan aku pandai bermadah kata . Dan dan ayat jiwang . hey !

21 Oct 2011

Warna warni Butter Moist

Assalamua'alaikum wbt .

Dah lama rasanya pendam rasa ni . Sebulan lebih . Tangan ni rasa gatal je nak kacau kacau tepung . Telur . Nak timbang gula . Hidung ni asik terbau bau je keharuman kek yang beraneka rasa . Kempunan kot . Memang la masa tu menyeksa dan menggoda perasaan bila otak ni asik terpikir je . Tu belum lagi tengok gambar kat tenet . Dan dan bila tengok movie korea Antique Bakery . Hush . Mangai . Jadiiii . . . bila dah bercuti semesta ni , apalagi . Hampir dua minggu dok melongo , inila hasilnya . . .



Tadaaa . . .





Warna Warni Butter Moist . Meriah mak ngah tu warna nyerr . Sampai ibu pesan , " Lain kali jangan letak pewarna banyak sangat . Banyak bahan kimia . " Baik buuu . * Tengok lama lama pun , seram kot . Tapi lawa la . Tambah lagi , nyumieeee .

Ini resipi kek yang menarik menawan ini . 
Maklumat tambahan :
Sebelum dituangkan dalam bekas atau loyang , bahagikan adunan ke beberapa bahagian . Pastu , titiskan la sedikit pewarna ikut suka . Sebagai contoh , Warna Warni Butter Moist terdiri dari 5 warna . Biru , merah , oren , hijau dan ungu . Mula tuang la dulu warna biru , kemudian hijau , merah , oren dan akhir sekali warna ungu .

Untuk cream butter :
100 gram buttercup ( suhu bilik )
60 gram shortening
100 gram icing ( diayak )
2 sudu susu segar ( kalau rasa cream tu kering , baru letak )
Beberapa titis jus lemon
Pewarna ( ikut suka - disebabkan kek nyerr dah meriah , cukupla cream butter berwarna putih . Karang terlebih meriah pulak . Hee )

Pukul butter , shortening dan icing sampai kembang , gebu dan putih . Takpun , nak tahu dah cukup kembang ke belum , tonggengkan bekas . Kalau cream tu tak jatuh , ok. Dah siap untuk dihiaskan atas kek dan makan . Tapi nak cantik , letak la pewarna . Oh ye , jus lemon tu cuma untuk rasa masam masam sikit . Taknak letak pun takpe .

Enjoy your meal (= . Nyumie nyumie

13 Oct 2011

Sajak buat si orang Johor

Kurang ajarnya tetap santun,
Lembutnya cukup jantan,
Dajalnya masih selamba,
Nakalnya bersulam jenaka,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyuman,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.
-Allahyarham Usman Awang

13 Sept 2011

Influanza Cabaran Emosi

Assalamual'alaikum w.b.t

Sejak dua menjak nikan , kerja yang dulunya sikit menjadi banyak . Betulla . Selagi bergelar manusia . Selagi kita bernafas . Kerja kerja tu semua takkan habis . Habis satu kerja , kerja lain pulak menyusul . Itulah tugas khalifah di muka bumi . Kerja yang merupakan satu ibadah . Ibadah pada DIA di atas . Mudah mudahan ibadah kita semua diredhaiNya . [ Kerja + niat yang baik ] .

3 malam bersengkang mata demi kerja . Hati yang sebal , kena ikhlas kan jugak . Demi Dia dan juga ibu ayah . Nafas pun mula tak teratur . Tapi tabahkan juga hati . Doa , istighfar & selawat banyak yang mungkin . Minta dikuatkan iman & sabar . Ya ! Salah diri ini jugak yang melewatkan kerja . Emosi ? Usah cakap lakan . Masa bengong nya datang , bengong la diri ini . [ amat yakin , mesti ada yang lagi teruk ] Jerit suka hati tak kira tempat . Yang tiada kaitan , memang malang tak pasal pasal je kena marah [ maaf  untuk mereka  (= ] . Makin tercabar emosi bila , kerja yang hampir siap , terbantut gara gara masalah yang tak diduga . Selawat la pengubat nya . Tapi diri yang hina ini , lemah jugak akhirnya .

Pada Dia .
Mengadu domba .
Minta kasih sayang Dia .
Minta keredhaan Dia . 
Mohon dipermudahkan urusan dunia akhirat .
Oh ! Baru sedar , betapa kerdilnya diri ini . Sangat la hina . Kesedaran berlaku disaat masalah bertandang . Baru la Dia dicari . Ya Allah . Moga terampun dosa dosa itu . Dosa dosa kami semua . Amin

Wassalam . . . (=

4 Sept 2011

Penamat

Assalamualaikum w.b.t.

1st of all ,



Salam Aidilftiri Maaf Zahir & Batin 

Dan tak juga lupa ,


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 untuk semua warga Malaysia . 
Saya bangga jadi anak MALAYSIA (=

Okay . Tahu dah . Raya dah lama . Merdeka pun dah lalu . Tapi takpa kan ?? Selagi Syawal masih ada , selagi bahang semangat kemerdekaan masih wujud . Selagi itu boleh ucap selamat . Hee ~ Tapi , sekarang ini takda mood untuk cerita pasal raya dan merdeka . Ini mahu kasi cerita tentang PENAMAT . Cerita tentang tajuk entri ini . 
 
Pejam celik makan minum - pejam celik balik , Eh !!! Esok dah last holiday ? ? OMG . Cuti kali ini terasa singkat . Atau hati ini yang tidak bersyukur ? [ eceh . sangat la poyo kot ] Buku buku ilmiah yang kononnyerrrr dibawa untuk " dibelai " , tetap juga terperangkap dalam luggage Pierre Cardin coklat tu dalam hampir seminggu . Sentuh pun sebab rasa kasihan . Itu pun sekejap je . Hee ~ 

pesanan buat geng : Selamat kembali ke kampus . Lalala ~




16 Aug 2011

Sob sob sob . nak balik !

Assalamu'alaikum wbt & salam ramadhan .

Suka sangat sangat lagu ini dari dulu lagi . Kalau nak dekat raya tu , buka lagu ini mesti berulang kali . Lepas tu layan feeling sedih . Lagi lagi bila jauh dari family tercinta . Peribadi , lagu raya yang ini je yang boleh buat aku lagi ingat pada mereka waktu nak raya . Eh , lagu apa ek ??

Tadaaaa . . . .
Dengar la .


Yang ini pulak edisi baru . 



Mana lagi best ? Edisi lama ke edisi baru ? (=

13 Aug 2011

Doa buat aku dan mereka

Assalammualaikum wbt . . .

Aku mohon moga kami semua selamat pergi dan balik .
Insya-Allah . . . (=

4 Aug 2011

Ramadhan bulan mulia

Salam Ramadhan Mubarak untuk semua penganut Islam sedunia (= .


Hari ke-4 puasa . Baru kali ini berkesempatan mungucapkan salam ramadhan . Seronok bila hari pertama puasa yang lepas dapat berbuka dengan family . [ dah dua tahun sempat sambut puasa tapi tak sempat berpuasa gara gara terpkasa pulang ke uni ] . Alhamdulillah . Lagi seronok bila ke bazar , ibu siap offer nak makan apa pun , cakap je . Nanti dah balik uni tak la kempunan .


Ini je yang mampu di taip . Selamat berpuasa dan berbuka gengs (=

4 Jul 2011

Apam polka dot yang hilang " dot " nya

Niat nak buat begini :

  kepada tuan punya gambar ( cik unknown) : minta tumpang yee kat sini . (=


Tapi begini pulak jadianya :


 Purple bertukar ke kelabu . tapi ibu cakap , " sedap " . [ bangga seyh ]

p/s : how to make dot dot tu ek ?? anybody knows ?

Monster of Novella

Assalam for all muslims and muslimah out there .

Sikap pelik : I can finish rm500/+ with buying novels . [ gila kan . Ini la yang dikatakan MONSTER oleh Mimi (x ]

Tadaaaaaaaaaaaa ...




Collections of all my novels . ada lagi yang tercicir dari capture . Space rak buku pun dah tak cukup . Minta ibu sponsor beli kan rak besar , " kalau untuk novel , beli sendiri " . Okay . [ hampa ]
Most of them , biasala . Kisah cinta cintun la . Tapi ada jugak novel yang genre seram . 
This 2 novel i've bought during PC Fair at my uni , last week . Thanks to Titi for information . Sebab takda discount untuk setiap buku , aku balun 2 sudah la . [ niat hati nak cari Contengan Jalanan-Hlovate jee . I love his karya . Tapi entah macam mana tersasar beli M.A.I.D tuu ]. Balik hometown , balun la kat popular puas puas sebab ada card member . Hahaha .

Tarikh beli : May 21st, 11 . Tapi baru sekarang otw untuk proses khatam . Hee ~


First eng novel that i've bought by my own money . Last 3 year kot aku beli . Tapi sapai sekarang , bab 1 pun tak khatam lagi . Heee . Beli pun sebab menarik kot warna cover page nya . Lebih suka baca fairy tales , kalau untuk buku english .

The latest novel yang aku beli last 2 days . Ibu belanja [ tanpa beliau sedar . heee ]dan dapat 20% for Popular member card . Apalagi , balun la dulu . Tapi novel ini aku tinggalkan kat rumah la . Cuti nanti baru baca .


" Ada yang menarik minat plus ada ongkos , aku beli and then simpan . Ada mood , baru baca , " - Monster

p/s : True Color - Kristin Hanna looks interesting jeee . (=




29 Jun 2011

Dari hamba kepada Kekasih


Meski ku rapuh dalam langkah 
Kadang tak setia kepada-MU
Namun cinta dalam jiwa
Hanyala pada-MU
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-MU
Dalam dadaku berharap hanya
Diri-Mu yang bertahkta

4 Jun 2011

" hadpet "

Assalam & greetings to all (=

Alamek ai . Baru 2 minggu jer tak update post kena hadpet . Tapi yang last zaman lebih sebulan tak update post takde pulak benda alah yang ngada - ngada ni datang . Whtaever la . Kadang kala tu bukak " Dashborad " . Teroka blog kawan kawan yang sapa sapa ada new story . Tekan jugak link " New Post " , 2 minit kemudian , out . Feel like wanna to post something but don't know what it is . Wanna to share tentang cerita di semestar baru yang dah berpangakat " akak " untuk roomate . Tapi tak tahu how to share it . Senang kata , takda idea la nak writing . Suck sikit kalau bab penulisan ni . Heee ....

p/s : jangan la kamu lupa tentang kesedihan bila kamu sedang bergembira . dugaan Nya boleh datang bila bila masa saja . Subahanallah ! Moga kita semua dipermudahkan urusan dunia akhirat .

22 May 2011

1st-ly , i'm going to say " Welcome to be warga UiTM to my sweetheart sista " . UiTM di hati ku ~~ Heee ... Semalam , bermula lerr beliau sebagai siswi UiTM Kuala Pilah . After Asar , beliau dan adik adik yang lain kena la ber-"struggle" hadapi musim MDS untuk seminggu . Hahaha . Rasala " azab " nyerr . Tapi aku rasa over-excited pulak masa sibuk ke hulu hilir ikut beliau masa daftar kolej . Macam aku pulak yang daftar . Masa aku dulu , tak rasa sangat excited sebegini . Rasa nak kembali ke zaman itu . Cuma , taknak la yang kena lari lari , makan kena 5 minit tu . Heee ~ [ zaman mms yang azab seksa tapi seronok . rugi sapa tak alaminya ]

BTW , agak mencabar la jugak untuk sampai ke kampus Benting tu . Waaa ... jalan yang bengkak bengkok plus dengan "harta-karun" lembu yang sepah sepah . Nasib laa . Nasihat aku , nak pergi sana kereta tu tak payah la cuci sampai kilat beno . Dan dan tayar tak payah kasi lawa . Hehek . But , the environment over there was nice . Kira ulu jugak la . Just like my campus . Cuma bezanya , kampus aku tu dikelilingi jirat jirat cina .Menyeramkan kalau malam malam lalu jirat tu . Untung sabut , tak pasal pasal jumpa apek lompat lompat tepi jalan . Huwaaaa ~ !

kampus yang dikelilingi jirat cina - kampus aku la tuu
[ welcome to UiTM Johor , juniors ( =  ]



Aku Nur Kasih

Sooo poyo la this entry's tittle . Bla bla bla ...

Masa si hero dengan heroin kena paksa kawen , time nilah aku start layan cerita ini . Saja jerr suka2 . Tertarik dengan scene demi scene , sampai last episod la aku layan . Tak puas hati sebab time tu , awal awal episod aku missed , last couple of week aku layan la kat youtube . Heyh , aku ni kalau melayan cerita sebegini , bengkak mata [ takda la bengkak betul betul . mau kena giat dengan ibu ] . Bila tahu ada Nur Kasih The Movie , setia aku tunggu . Nak tahu jugak what's the ending yang kira forever-ending la of this drama . 

Lewat satu hari dari hari movie ni ditayangkan , akhirnya , dapat la jejak pawagam yang lama tak jejak tu . For sake of this movie , I was dragged my sista to company me to watched it . Kakak yang kejam [ tapi hati suci penuh kasih sayang wei ] . And what can I comment 'bout this movie , aku TAK PUAS HATI dengan ending . Huarrghhh !!! Rasa nak call en. Kabir [ tuan pengarah of this movie ] , "kenapa-ending-macam-tu-?" . Tapi PUAS HATI jugak sebab betul betul ke hujung nyawa la cinta Adam&Nur . So touching la this movie [ meleleh la tuu ] . Scene yang paling aku suka , scene yang gaduh gaduh bertumbuk kat bawah tangga tu . ha ha ha . BTW , rasa macam nak tengok lagi la movie ni . 

Suka la hero nyerr . heee =><=  

3 May 2011

Eh , helo . Salah orang yerr ...

Holla and greetings to all .

Ini kisah dua hari lepas . Sedap sedap baru nak lena , message tone berbunyi . Ish , mengacau jer . Tengok tengok entah number makhluk bumi mana entah yang baik hati kacau sleep-time aku . Dah tu ditanya pulak siapa aku ? eh eh . Sapa text sapa ni ? Supposedly , makhluk bumi tulah di tanya "sapa kamu?" .

Nak diimbas kembali , aku la yang tersalah called at first dan berkata " sorry , saya salah number " . Thought that makhluk bumi understand la what i'm say masa tu . [ pelik la jugak , makhluk bumi tu rajin benor simpan number mahal aku . heeeh! ] . Yang menyampah nyer tu , gara gara aku ni taknak bagi tahu siapa aku yang cun ni .
" Apa la susah sangat nak bagitahu siapa u . Bukan nyerr i nak usha u pun . perasaan . "


Hahahaha !!! What the h*** la . Buang karan aku la nak perasaan . Sikit pun aku tak berperasaan . Sorry la . U've got wrong person .

p/s : berhati hati di jalan raya . lepas ni kena kompon kan dulu number phone yang nak di-dail tu number siapa . =;=

1 May 2011

Selamat Hari "Raya"

Assalam and good morning pals . And happy SUNDAY too (= [ waa ... so early ma i woke up this morn . malam tadi awal awal dah pengsan . gara gara excited dah "raya" ]



Now & finally , i'm freedom . Freedom from what ? From what what la . heee .
Setelah 4bulan lamanyerr , jiwa batin terseksa [ gara gara subjek subjek tough and killer ] , tepat jam 5.15pm , April 30th 11 , aku bersama geng yang lain selamat grad untuk semester 4 . Nafas lega tu memang dah boleh hembus tarik dah . Tapi tak jugak la . Penantiaan untuk result pun terseksa jugak . Whatever , aku nak ejoy puas puas dulu before melangkah balik ke kampus tersayang aku untuk semestar 5 [ waaa , dah senior seyh . hehehe ]




And so , ni la hari "raya" yang aku nanti natikan . Hah ? Raya ? Oh . Itu istilah ibu tersayang aku gunapakaikan kalau aku bersama adik adik tercinta enjoy tak study study [ masa zaman sekolah dulu la ] . Dulu kecik kecik , kalau disuruh ngadap buku tuu . Malas yang amat tu . Tapi ... kalau disuruh ngadap tv . Tak payah disuruh la . Memang rajin nyerr sentiasa ada la .
Kalau boleh memang nak duduk terus la dalam box tv tu . lalala ~


Tapi sekarang kesedaran ilmu tu penting , jadi rajin la study tu . Heee . Even kadang kala tu , mata tu macam nak terjojol jer dari kepala ni . Berpinar pinar tilik numbers sana sini . 

I love numbers even sometimes it do makes me feel like CRAZY+MAD .

22 Mar 2011

Larinya tekanan jiwa

Date : March 19th 11 & March 20th 11
Venue : Kampung Ampangan , Kuala Selangor
Program : Homestay Sg Sireh 2days1night [ Trave'C Club , UiTM Segamat ]



Teruja dapat tengok sawah yang besar terbentang luas . Jakun pun ada juga . Agak nya kalau dapat pancing ker dapat masuk sawah tu , lagi over jakun kot . Tak tahu pula selama ini kat Selangor pun ada jelapang padi . yuuhuuu ... Tapi perjalanan memang jauh la kalau nak sampai kat sini . Duduk dalam bas tu pinggang dah rasa macam nak tercabut dah . 



We arrived at 12noon . Hujan lebat woo . Hujan rahmat kata orang dolo dolo . Hujan hujan pun bakal bakal foster family tetap sambut kami dengan baik . Siap sambut kami dengan payung dari tangga bas lagi tuu ... 


Inila rumah keluarga angkat aku . Jadi anak angkat ketua kampung tuu ... hahaha 


Papan tanda tersergam indah di depan rumah tok ketua kampung .




Scroll bawah lagi untu tahu lebih lanjut ...













Aktiviti di petang hari (= [ Thank Allah , petang tu dah tak hujan ]


By trem , we tour the village . Seronok w'pun kadangkala menyeramkan . Sbb ? Cuba la sendiri untuk rasakan ke-extreme-an nyerr .


Raut kegembiraan dapat naik trem . (x


Our first destination , long jack bean and chilly farm . 


Abang Usop ni la sentiasa bersama kami . Ke sana ke mari , beliau bawa kami keliling kampung yang kaya dengan sawah padi . 


Cun tak mereka ni ? [ hey , lagi cun muka orang yang snap this picture la >< ]


Second destination , tempat tanam padi yang moden . [ lupa la nama tempat ni ] . Senang nak faham , tempat tanam padi , tapi bukan kat sawah bendang .Tak faham gak , rajin kan diri click google . Hehek ...


Haaaa . Ni baru la sawah padi in real . Dapat lihat tepi sawah je )= . Takda rezeki la nak main dalam sawah [ w'pun dalam hati , ibu !! takut pacat lintah la ] . Dapat possing ala ala model pun jadi laaa . 


Tiga dara pingitan ^^;





Aktiviti malam , tengok fireflies . Naik sampan . Bulan mengambang malam tu , fireflies tak banyak ada . Tapi seronok juga dapat lihat depan mata . Kelip kelip cahaya di balik pokok . Lawa . Rasa macam nak raya jerr .  Ada yang seronok sangat tu , sampai buat iklan TNB lagi . hehehe ...


Dah keliling hampir satu kampung , dapat tengok fireflies . Tummy pun dah bergendang gendang lagu shuffle + irama M'sia . Pulang ke Sg. Sireh , waaaaa . !! Dinner already waiting for us .! Nasi putih + gulai ayam + sambal belacan + tembikai + oren juice . Sedap ooo w'pun pedas .



Dah kenyang , kena pulak anyam bakul & ketupat . Seronok dapat anyam bakul [ w'pun satu pun tak jadi ! ] . Memang kena ada kesabaran yang kuat la kan . Disebabkan mata dah berat jerr , sabar tu kurang sikit la . Try pulak buat ketupat yang gemuk tu . Tak tahu la apa nama ketupat tu . Tahu ketupat sate jerr . Expert tu aku buat ketupat sate . ^^;


Keesokkan nyaaaa ...





9am kami berkayak . Funn gilerr la ! Excited + nervous because this is my first time . Dalam hati tu dah fikir , jangan la disodoknya benda bukan bukan . Before turun berkayak , 


kena la rendamkan badan untuk sesaat dua . Tak tahu pulak napa yerk . Kalau untuk swimming , tahu la nape kena basahkan satu badan .


keletihan selepas berkayak . Kegembiraan + kepuasan tetap ada . Mak !! muka jangan cakap la . Padah berjemur tengah tengah sungai tu di kala terik mentari .

Selesai aktiviti berkayak , selesai la program kami di sini . Balik homestay . Lunch kat homestay . Makan sambal sotong tu . Sodap hingga menjilat jari . After lunch , kumpul balik kat ala ala dewan . Gambar dengan foster families . Gambar ramai ramai sebagai kenangan . Tak puas sangat nak beramah mesra dengan family  angkat . Masa yang terlalu singkat . 


gambar beramai ramai . 


Abang Usop yang setia bersama kami semua w'lau di mana jua . Juga abg angkat kami [ two guys behind us tu hanya interframe saja yerr ]


Si kecil molek tudung putih ni la Kak Anis , kakak angkat kami juga . (x . 


Keluarga En. Ramlan [ ketua Kampung Ampangan ] . W'pun sekejap jerr , tapi layanan mereka semua baik baik . Tak puas nak beramah mesra . BTW , thanks la buat mak ayah kak anis & abg usop . [ rindu pula keluarga di JB T_____T ]

psst : kalau sikit sangat explaination tu & gambar sikit jerr sori to mori la . line tenet tengah hampeh =..= . tapi tetap nak share sebab rasa teruja sampai sekarang dapat tengok sawah padi yang sangat laaaa luas