21 Jul 2012

Marhaban Ya Ramadhan


Assalamua'alaikum wbt & Salam sejahtera dari Jubail [=

Alhamdulillah, bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah telah kunjung tiba. Ini bermaksud setiap umat Islam yang cukup syarat diwajibkan untuk melaksanakan rukun islam yang ketiga – berpuasa. Kanak – kanak dari kecil digalakkan untuk berpuasa mengikut kemampuan mereka. Mereka perlu dilatih dari kecil supaya bila dah besar nanti [ baligh mengikut Islam ], takla mereka liat untuk berpuasa.

Dulu, masa zaman kecil – kecil, ibu dengan ayah upah aku dengan adik – adik duit raya RM 30 – RM 50 kalau berpuasa penuh. Kira upah puasa penuh. Pagi raya, lepas salam tangan ayah, tangan ibu, terus koyakkan sampul duit raya. Haha. Gelojohkan. Bila dah besoo macam gini, umur dah baligh, masih lagi ngada – ngada minta duit raya. Sebelum puasa lagi dah beri notis, “ DUIT RAYA JANGAN LUPA YEE, IBU AYAH ” Yelah. Ibu ayahlah harapan nak dapat duit raya lagi. Dah beso panjang macam ni, raya rumah orang manalah orang nak bagi. Ada tu, siap tanya umur. Kalau cakap 18 tahun ke atas jeee, baik – baik nak nak bagi terus tak bagi. Tu yang malas nak salam orang yang pegang duit raya. Kecik hatiii je. [ haha, raya rumah orang sebab nak duit raya ] Tapi ada jugak yang memahami. Kalau tahu kita masih lagi belajar, dia orang bagilah duit raya. Haha. Memang tersengih jelah sampai ke kereta. Sukeeerrrrrr ....... [=

Okay, stop story about duit raya. Puasa baru je start. Sekarang, kita balik semula pasal Ramadhan. As we know, Ramadhan ni adalah bulan yang istimewa berbanding bulan Islam yang lain. Antaranya;

  1. Bulan turunnya Al – Qur'an Karim.
  2. Bulan dimana malam 10 tearkhirnya ada satu malam tu dipanggil malam Lailatul Qadar. Malam yang takda pada malam – malam lain.
  3. Bulan adanya solat Tarawikh.
  4. Bulan adanya bazar menjual pelbagai juadah untuk berbuka.
  5. Bulan yang kemeriahannya lebih terasa berbanding bulan lain.
  6. Bulan mengeratkan sillaturrahim antara satu sama lain. Contoh: bersahur atau berbuka puasa beramai – ramai tak kira pangkat atau darjat, solat tarawikh berjemaah etc.


    sumber: facebook/iluvislam


Selain itu, berpuasa juga dapat “merehatkan” sistem pencernaan dalam badan kita. Yela, hari – hari kita makan, sistem pencernaan akan bekerja keras untuk mencerna dan menghadamkan segala makanan yang kita makan. Kalau tak hadam, macam – macam penyakit kita hadapi. Contoh yang paling ketara, sakit perut atau sembelit. Bila kita puasa, tak makan tak minum, sistem pencernaan kita dapat berehat setelah “penat” bekerja keras. Secara tak langsung, dengan berpuasa kita boleh menyihatkan sistem pencernaan kita. Macam kita juga, hari – hari kerja tanpa rehat, kita akan rasa penatkan? Bila dah penat, cuti adalah pilihan terbaik. Macam tu juga sistem pencernaan dalam badan kita ni.

Logik jugakan, sebabnya untuk dalam bidang perubatan, pesakit yang akan di operate, disuruh berpuasa. Inilah kelebihan berpuasa. Bukan untuk menahan lapar sahaja tapi juga untuk membersihkan sistem pencernaan dalam tubuh kita, Indahkan Islam ini ^^; . Allah itu Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu. [=

Bagi sesetengah orang, khusus kaum wanitalah, puasa adalah waktu mereka berdiet. Haha. Kenapa aku gelak? Sebabnya, aku pun tergolong dalam golongan itu. Tapi takda maknanya nak diet. Kirim salam jelah. Aku adalah insan yang paling lemah dalam godaan nafsu makanan lagi – lagi bila beraneka kuih – muih ada depan mata. Heeee... Jadi, konklusinya, puasa tu niatlah kerana Allah. Bukan nak diet. Heeee ^^;

kesukaan aku bila tandang ke bazar Ramadhan.


Sebelum aku tamatkan entry ni, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan untuk rakan – rakan sekalian serta seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita. Di sini, Jubail, 1 Ramadhannya jatuh awal sehari dari Malaysia.


Tapi sebelum tu, niat jangan lupa ye kawan - kawan. Sahur juga. Sunat tuu [=


Wassalam..


No comments:

Post a Comment