19 Jul 2012

Jubail - Part 1

Assalamua'alaikum wbt & Salam sejahtera dari Jubail [=

Hampir 2 minggu aku kat sini. Mungkin nak puasa, humidity kat sini adalah tinggi. Tak seperti masa awal tiba hari tu. Duduk dalam rumah, nyaman je rasa sebab dok bawah aircond. Sekali keluar... fuhhh panasnya, terasa macam masuk dalam oven pulak. Pnadangan kabur je sebab spec berwap. Hee . . . Jadi, bila keluar tu, kalau tak tahan bahang panas memang berpeluh. Terasa seperti dalam bilik sauna. Hee ^^; So far, aku baik – baik kat sini. Alhamdulillah. Rutin harian aku, bangun tidur – makan – solat fardu [ ikut waktu ] - tidur. Senangkan hidup kat sini. Lepak jee. Tapi yang susah hatinya, sebab rutinya sebegitu, faham – fahamlahkan.... =..=”

Kat sini, sosial untuk perempuan adalah terbatas. Ye, dengar macam terkongkong tapi ada juga kebaikan kenapa begini.
  1. Kalau nak shopping di siang hari mestilah berteman. Lebih elok dengan mahram atau suami.
  2. Women are not allowed drive the car. Buruk padah kalau langgar rule yang satu ini. Ayah atau suami yang bekerja di sini akan diberhentikan kerja serta – merta. [ Tapi bagi aku ada kebaikannya sebab pemanduan rakyat di sini, terlalu bahay untuk wanita ]
  3. Kalau shopping di kawasan yang majoritinya lelaki, then taknak rasa tidak selesa bila dipandang mereka [ mereka ini juga terdiri dari warga asing macam tempat kita. Bangla ke nepal yang duduk sini macam jakun sikit tengok perempuan ], pakailah purda atau jagalah pandangan mata tu. Itu yang selamat.
  4. Kaum wanita tak dibenarkan bekerja. Mungkin ada, tapi certain tempatlah. [ Mula - mula datang rasa janggal tengok takda kaum wanita bekerja di supermarket atau di kedai - kedai ]
Pakaian untuk hawa kalau di luar adalah arbaya atau jubah hitam. Tudung atau tak itu bergantung pada agama individu masing - masing. [ Pelik tengok wanita Arab pakai selendang. Main belit – belit tanpa gunakan pin tapi elok je aku tengok ] Mereka juga seperti kita. Terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa juga agama. Cuma hanya di Madinah dan Makkah sahaja, perempuan diwajibkan menutup aurat. [ Suka tengok kaum hawa Arab ni. Cantik mereka terselah walaupun berpurda ]

Di sini, lepas Isya' barulah kehidupan mereka “ bermula ”. Malam barulah meriah. Sebab waktu siang kebanyakan kedai – kedai tutup. Kawasan perumahan yang aku duduk ni, kira macam pekan. Takla sibuk sangat keadaanya. Kalau yang kat bandar tu yeee... Masya-Allah! Dah namanya bandarkan, faham jelah. Khamis dan Jumaat adalah hari minggu di sini.

Cumanya, nak dibandingkan sikap mereka dengan sikap orang kita, biadap orang kita masih lagi sopan untuk mereka. Mungkin sivik mereka kurang. Kurang ajar mereka lebih hebat dari kurang ajar kita. Mungkin itulah cara kehidupan mereka di sini. Kita yang tak biasa mungkin boleh kena culture shock. Cumanya kita janganlah tiru sikap mereka. Ambil yang positif dan negatif dijadikan pelajaran.

p/s: Maaf. Bukan nak burukkan sikap orang mereka lagi – lagi mereka itu tergolong dalam sausara seilslam kita. Cumanya, bila aku sendiri melihat sendiri keadaan kehidupan masyarakat di sini, ia menjadikan aku bersyukur Ya Allah kerana aku lahir sebagai rakyat Malaysia. Negara yang mengajar rakyatnya untuk menghormati antara satu sama lain dan bertimbang rasa. TAPI! Bukanlah semua orang mereka yang aku katakan buruk. Cuma sesetengah sahaja. Maaf sekali lagi [=

Tapikan, mereka semua ni masih lagi ada kehebatannya yang takda pada orang kita. Nak tahu? Tunggu entry kedua aee [=

Wassalam




No comments:

Post a Comment