31 Dec 2010

Nak kongsi sikit (=

Al Mulk nama satu surah di antara surah surah di dalam al-Quran . Tahu tentang surah ni selepas baca satu novel karya somebody . Popular jugak beliau dalam kalangan hantu novel . Hee ... Then , perasan bila tiap kali baca novel beliau mesti ada al Mulk . Panasaran jugak naper beliau selitkan nama surah ni dalam tiap novel beliau . Search tenet , owh ... Baru ku tahu . Banyak kelebihan nyerr pasal surah ni . Ada rahsia nyerr . Pastu , selak lerr al Quran , cari surah al Mulk . Baca .

Ini antara rahsia atau kelebihan surah al Mulk :
1 . " Memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur , " Rasulullah SAW .

2 .  Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: " Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu , ada satu surah yang mengandungi 30 ayat , ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya . Maka selagi mana lelaki itu membacanya , selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk . "

3 . Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: " Aku sungguh gembira , sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya . "

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : " Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam , diselamatkannya dari azab kubur . "

5 . Ulama berkata : " Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab . Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka . "

6 . Saiyidina 'Ali berkata :  " Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk , nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf . "

Banyak lagi rahsia surah ni . Sikit ini saja yang mampu aku share share kan . Tapi takpa kan ? Sikit pun cukup jugak aku dapat share kat kawan kawan . Better something than never . Kalau nak tahu lebih mendalam , kawan kawan boleh lah search kat tenet pasal surah ni . InsyaAllah nanti jumpa . (= 

pst : rasa kagum dengan Kalam Allah (=


No comments:

Post a Comment