20 Dec 2010

DIA Cinta-ku

Bila hati gundah,
Diceritakan segalanya pada DIA
Bila rasa gembira
Tak lupa aku kongsikan pada DIA
Bila rasa sakit
Sentiasa menemani aku juga DIA
Bila dalam kesusahan
Tiada siapa yang tolong melainkan DIA

Aku rebah
DIA hulurkan pertolongan
Aku takut
DIA tetap menemaniaku
Aku dihina
DIA sentiasa bersamaku
Aku gelap
DIA yang menerangiku
Aku lemah
DIA beri kekuatan

DIA buat aku jatuh cinta
kerana sifat DIA
DIA membuka mata hatiku
kerana pertolongan DIA
Bagi ku,
DIA adalah segalanya dalam hidupku
Tanpa DIA
Aku resah
Aku bingung
Aku hiba
DIA cinta ku
DIA-lah tuhanku
ALLAH SWT
Yang Maha Pencinta
Cinta yang diberikan padaku
Buat aku sentiasa dambakan DIA
Cinta DIA
Cinta yang tiada tandingannya
Cinta yang sangat suci

No comments:

Post a Comment