18 Jul 2013

Cuti dan Ramadhan 1434H

Assalamu'alaikum wbt . . .

Pertamanya, salam Ramadhan al-mubarak 1434H kepada semua umat Islam. Walaupun dah hari yang ke-9, rasanya tak salah kot ucap lambat. Heeee . . .

Keduanya, selamat bercuti kepada semua kawan kawan UiTM-ian dan juga universiti lain. Semoga anda berbahagia di cuti anda. [=

Rasanya lama tak update blog sebab kekangan masa. Terlalu banyak cerita ingin aku kongsikan pada semua, tapi tu laa. Konon konon sibuk semedang. Nak on laptop pun fikir dua tiga kali. Yela, kalau on nanti banyak masa terbuang. Lagi lagi tengah tengah nak final exam.

Alhamdulillah, tamat sudah semester 3 untuk ijazah ku. 3 semester lagi tambah dengan praktikal, In Shaa Allah, gradlah. Mudahan dapatlah grad dengan cemerlang. Kalau boleh, nak grad dengan kelas pertama. Dan kalau boleh juga, nak grad dengan selempang pink sekali. Tapi, aku tahu itu semua rezeki atas kehendak Allah mengikut kemampuan dan usaha aku. Jadi, aku cubalah yang terbaik. Kalau dapat, Alhamdulillah. Semuanya In shaa Allah.


No comments:

Post a Comment