21 Jul 2013

Before holiday

Assalamu'alaikum wbt . . .



12hb julai yang lepas, aku dengan sebahagian dari classmates berbuka puasa sama sama di Restoran Ikan Bakar Khafi, Wakaf Baru. Sambil sambil tu meraikan Ramadhan dan juga meraikan sebab dah tamat belajar untuk semester 3, di tahun pertama. Hehehe . . . 

Alhamdulillah, makanan kat restoran tu sedap. Dengan berbayar seorang RM16, dapatlah makan sayur kailan ikan masin, ikan siakap tiga rasa, ikan siakap sambal, ikan jaket bakar, tomyam ayam dan seafood dan air tembikai. Tak dapat nak tunjuk gambarnya sebab ter-delete. Huuu . . .

Atas permintaan ramai, [ tak ramai mana pun ], aku buatkan puding kastard kuah koktail sebagai pencuci mulut. Alhamdulillah juga sebab mereka suka. Entry untuk lain kali nanti, aku kongsikan resipinya. [=

Sambil sambil tu, kami semua ambil kesempatan sambut hari jadi mereka yang lahir bulan 7 dan 8.

HB to syuk, zaki, yun, ziera, intan and aima from cs221-3B

Tapi yang datang birthday gilrs. Birthday boy si syuk tu datang lambat sikit. 

Yang ni dari Nad, dapat masa hantar yun, ziera dan intan balik kat stesen bus. Tapi paling mengharukan kan kan, nama kita pun ada jugak walaupun 3 bulan lagi kot. Heeeee . . . Thanks Nad.





No comments:

Post a Comment