15 Feb 2013

Cerita basi

Assalamu'alaikum wbt ...

Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Puan Athirah Izzati [kawan seperjuangan waktu diploma dulu] dan suaminya, En Rahmat Toha. Dah seminggu dah mereka selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan dua kali lafaz. Alhamdulillah. 

Rasa macam syok pula tengok kawan aku dah kawen ni. Macam nak kawen jugak!! -_-'

Ucapan buat si pengantin:

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)

Semoga perkahwinan Titi & Amat berkekalan hingga ke syurga. Semoga Titi menjadi wanita, isteri dan ummi yang solehah. InshaaAllah. 

Sebahagian daripada kawan-kawan masa diploma-DQS; yang hadir. 
Cantikkan dua mempelai tuu ^^;
Muka-muka ni jugalah yang jadi "tol". 



Bluebarry Yougurt Bliss Cupcake - Khas dibuat untuk si pengantin perempuan. Terlalu simple untuk dekorasi cupcake tu sebab tangan ni bukan tangan seni. Konon-konon bunga lavender la kan. Lavender.

Sebelum

Creampuff. Takda kaitan dengan pengantin pun. Buat saja-saja sebab ibu asik cakap pasal kesedapan creampuff jiran sebelah. At first tu taknak buat, sebab pernah cuba benda alah ni. Tak sedap. Aku ni pula jenis, malas nak cuba-cuba buat sesuatu makanan tu kalau tak sedap kat tekak. Tapi ayah pesan, kita tak bolehlah ikut selera kita je baru kita buat. Bukan apa, aku takut tak jadi. Kan dah membazir. Huuuu...

Jadi, inilah hasilnya. Nak jadi anak yang solehah, aku suka ke tak suka ke, gagahkan diri juga buat crampuff yang mulanya aku tak suka demi ibu. Terlalu senang nak buatnya. Bila dah siap... eh, sedap pulak! Tak cukup satu, makan lagi satu. Lagi satu. Lagi satu. Sampai kenyang. Hee. Alhamdulillah. 

Selepas. 
Walau macam selebetkan, tapi sedap!



No comments:

Post a Comment