31 Jan 2013

Sentap

Assalamu'alaikum wbt ...

Hari tu berbual dengan ibu pasal ape-ntah, tiba-tiba perasan sesuatu yang rasa macam tak percaya pun ada. 'Eh, 2013 sudah. Bermakna umur ku makin bertambah lagi satu angka.' BERTAMBAH yeee... Even you celebrate your birthday at the end of the year pun [takda la at the end sangat, Oct je kot ], tetap jugak umur bertambah bila tahun dunia ini bertambah. OMG, aku dah tuaaa!! Tapi takpe, selagi tak kawin selagi tu aku masih remaja. Boleh ke cakap macam tuu? Hee

Jadi, bila usia makin meningkat nikan, emosi ni macam ntah la aek. Nak kata tak stabil, takla sampai begitu sangat. Nak kata stabil, kadang-kadang ada jugalah ganguan emosi tu. Lebih-lebih lagi bab sentap-menyentap ni. Eee, menyampah tau tak bila terasa diri ini mengada-ngada sangat nak sentap bagai. So, bila dah diri sendiri pun menyampah, orang luar terumatanya kawan-kawan mestilah LAGI MENYAMPAH, bhaii. 

Kebiasaanyalah, bila aku terasa hati dengan seseorang, kalau benda kecil aku just 'lantaklah'. Forgive and forgot jelakann. Malas nak perbesarkan. Tapiii... kalau big matter, tengoklah. It's depends on situation. Kalau perlu dikatakan atau diluahkan, I'll do. Kalau rasa macam tak perlu nak diperhebahkan, I just keep quite, simpan dalam hati - makan nasi berulam hati jela bak kata orang. Tapi, aku simpan tu takdalah sampai nak berdendam. As a muslimah, aku doa pada Allah minta dihilangkan rasa kecil hati tu semua, taknak simpan perasaan terasa hati sebab khuatir nanti rosak hati. 

Then, aku muhasabah lah sekejap diri ini. Pujuk sendiri hati ni, jangan terlalu ngada-ngada nak sentap. Walau pada kita tu semua adalah 'big matter'  untuk kita sentap, mungkin pada mereka itu hanyalah sekadar gurauan. Yela. Bila difikirkan balik, aku ni bagus sangat ke sampai nak sentap-sentap bagai? Terfikir jugakla. Gurauan dari aku ni kadang-kadang sopan sangat ke sampai takda yang terasa hati? Sopan kee??

Apa kaitan sardin dan sentap??


The conclusion is tak payahlah nak sentap-sentap sangat. Tak mendatangkan faedah pun. Merugikan diri sendiri pun ada. Even keluarga atau kawan pun takkan suka dengan perangai kau yang suka sentap. Nak sentap tu boleh. Tapi beragaklah. Kalau sikit-sikit nak sentap, eh, mak Jemah pun menyampah tau bhaii.

Jujur, aku pun tak suka bila orang yang suka sentap ni. Jadi, aku pun berusaha untuk menjadi orang yang tak suka sentap-sentap ni. Rasa menjelikkan jugaklah bila sikit-sikit nak sentap. Chill sudah~ Ingat kau ape? Princess yang perlu ditatang dan dibelai all the time?? =_=' 

* Pernah terbaca satu hadis ni, cuma tak pasti sama ada ia sahih atau dhaif. Bunyinya lebih kurang sebegini [ ingat-ingat lupa. maaf kalau salah ]
"Berdosa kamu jika kamu mengecilkan hati seseorang. Tapi
lagi berdosa kamu jika kamu berkecil hati pada seseorang."

Bagi akulah, dari sudut positif kenapa lagi berdosa kalu kita berkecil hati pada seseorang, ia mungkin akan mendatangkan pelbagai keburukan dan juga mungkin fitnah. Mungkin orang tu hanya bergurau, tapi kita terasa hati. Dan mungkin kita akan menghebahkan pada orang lain, ia mungkin juga boleh mengakibatkan fitnah. Wallahualam...

1 comment: