29 Jan 2013

Ia satu nikmat

Assalamu'alaikum wbt ...

22.1.12 - Berakhirlah sesi pengajianku sebagai pelajar ISM (Kepujian) Statistik untuk tahun 1, semester 2.  Yeay, cutii!! Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya walaupun terlalu banyak dugaan serta ujian sepanjang semester 2. Begitu hina sangat diri ini bila diuji dengan pelbagai rintangan. Alhamdulillah lah, aku masih kuat iman. Even sometime tu, jatuh juga air mata. Bukan air mata lemah. Tapi air mata untuk mengharapkan kekuatan dariNya. Air mata untuk melepaskan rasa kesengasaraan, kegeraman, kemarahan and what so everlah, walau tak semuanya lepas.

Jujurnya bagi aku, musibah yang telah berlaku itu semua telah mengajarkan aku tentang kehidupan yang sebenar-benarnya. Itulah realiti. Macam-macamlah aku belajar. Tak semua yang bagi kita adalah baik, tapi baik untuk yang lain. Begitu juga sebaliknya. 

Kalau nak cakap sabar, bohonglah sangat. Aku ni manusia kerdil. Bilamana diuji, kadang tu jatuh juga. Pernah rasa 'arghhh, tekanan perasaanlah!!'. Cuba juga untuk lari dari masalah walau sekejap tapi tetap sama juga. Rasa tekanan itu kembali bila terpaksa menghadap kembali masalah yang tak selesai. Serius!! Memang tekanan jiwa lah. Masa ni sedar, masalah takkan selesai kalau kita lari sampai terkeluar dari bumi pun...

Tapi, kerana aku ingat bilamana Allah ada dimana-mana, ia menjadikan aku bangun dari jatuh. Solat sunat taubat, solat sunat hajat dan juga zikir-zikir - itu ubat penenang jiwa aku yang kacau-bilau. Memang aku paksalah untuk hati dan diri aku ini lakukan itu semua. Alhamdulillah, it's get better than beforelah. 

Sebab ada masalah yang melibatkan dengan hamba Allah, aku selesaikan juga. Yelah. Nak simpan pun buat apa. Siksa jiwa adalah. Silap-silap takut jadi dendam dalam hati tanpa sedar. Cakap jelah apa masalah semua tu. Masa tu juga, aku tahu...ohh... rupanya si polan, si pulun tu pun ada juga masalah dengan aku tanpa aku sedar. Bila dah ada sesi luahkan perasaan, perasaan jadi lega. Fuhh!! Ringan sikit beban. 

Cumanya, pengajaran yang paling besar aku dapat disebalik musibah ini adalah tentang keadilan Allah. Bukanlah bermaksud selama ini aku tidak tahu Allah itu Maha Adil. Tapi musibah ini membuatkan aku "bangun". Subahanallah, Dia betul-betul Maha Adil. Terlalu banyak sangat Allah tunjuk pada aku dan juga pada keliling aku tentang kebesaran dan kekuasaanNya. Subhanallah. Masya Allah. 

Alhamdulillah, Ya Allah untuk musibah ini. Inilah nikmatMu. Mungkin inilah yang akan mendekatkan aku kepada cinta Dia. Insya Allah (: . 

Rasanya belum terlambat lagi, untuk aku mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. Selamat bercuti kawan-kawan dan juga siswa serta siswi ijazah dan seangkatan dengannya. Semoga cuti anda diisikan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Aktiviti paling simple, "ternak" lemak kat badan lerr. Huhuuu.

p/s: Terima Kasih sangat-sangat pada NFN atas kesudian anda mendengar cerita, tangis tawa aku. Terima kasih juga pada yang berkenaan atas sebab yang tak dapat aku ungkapkan dengan ucapan. May Allah bless all of you and others too.

2 comments:

  1. kawan rapat nak kawinn...
    kau bila lagi cikbam? hehe

    ReplyDelete
  2. ohoiii.. tu soalan ke ape ni?
    killer question lerr.
    bila waktunya tiba, kawin ler Insya-Allah.
    psst, tggu kau dulu lepas dulu lerr :p

    ReplyDelete