9 Aug 2012

Masha-Allah


Assalamu'alaikum wbt . . .

Masha-Allah! Masha-Allah! Masha-Allah! Terasa kerdil diri ini bila melihat lautan manusia – umat Islam - di Masjidil Haram, Makah. Penuh di setiap penjuru Masjidil Haram. Sampai di tepi jalan ramainya mereka datang ke rumah Allah untuk beribadah semata – mata. Masha-Allah, ramainya! Walaupun hanya melihat di kaca TV saja, cukuplah diri ini terasa kerdil di sisi Allah, Tuhan Yang Maha Besar. [ belum lagi kalau jasad aku ni betul – betul berada di situ, memang terasa lagi kerdil agaknya ].

Akhirnya, 10 malam terakhir di bulan Ramadhan kunjung tiba. Malam yang ditunggu – tunggu oleh umat Islam. Sebabnya di malam itu adanya satu malam yang paling istimewa dari malam yang lain. Lagi istimewa dari malam Jumaat. Malam Lailatul Qadar. Hanya insan terpilih oleh Dia sahaja yang dapat bertemu malam itu. Ya Allah, sungguh beruntung insan itu. [ semoga kita juga jadi insan itu, sama ada tahun ini atau akan datang. Allahu'alam, Insya-Allah ]

Sedar tak? Demi Lailatul Qadar, kita akan paksa diri kita untuk berqiam di malam hari. Demi Lailatul Qadar, kita berkejar dengan masa untuk khatam Al-Quran. Demi Lailatul Qadar, kita akan berhajat pada Dia, bertaubat pada Dia. Sebenarnya kita telah usahakan diri kita untuk dekat pada Allah. Ya, mulanya memang payah. Lagi – lagi terpaksa korbankan duniawi [ terumatanya, tidur malam ]. Tapi, bila diri kita dilatihkan untuk berbuat ibadah sebegitu, lama – lama dah terbiasa. Insya-Allah semoga akan berkekalan di bulan – bulan lain. Aku doakan untuk diri aku sendiri dan juga kalian. Amiin [= [ takut juga kalau terleka bila beraya nanti ]


* Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan aku untuk bernafas di bumi Dia. Hingga saat sini. Nikmat Dia, tiada siapa dapat tandingi.

No comments:

Post a Comment