25 Mar 2013

Tentang hati - Perasaan

Assalamu'alaykum wbt...

Terlalu banyak hati untuk kita jaga.
Terkadangnya sampai tak terjaga.
Bila dah macam tu,
Mulalah ada yang rasa tersentap.
Mungkin ada juga yang rasa tersisih.
Atau terbuang, barangkali juga.

Mungkin aku terlalu jujur dalam bicara,
mereka berkecil hati.
Juga berkemungkinan,
Aku terlalu kasar dalam gurauan,
mereka tersentap

* sigh

Tapi berapa kali banyak untuk
ke - MUNGKIN - an tu??
Dan sampai bila untuk ke - MUNGKIN - an tu?

Sampai hati sendiri terkecil hati.
Ataupun,
Sampai kita terpaksa terima hakikat bahawanya
Kita sebegini, mereka sebegitu.
"Biarkan jela mereka sebegitu"
Macam tu?

*mengeluh berat. =_='

Aku penat.
Aku lelah.
Aku bosan.


Allah itu Maha Mengetahui.
Juga Maha Adil.
(':

" Jangan berkecil hati jika mereka berkecil hati pada kita. Allah itu Maha Mengetahui apa niat kita. 
In shaa Allah "

Mungkin kadang - kadang tu aku perlu menjadi seorang yang heartless.
Atau, memang perlu menjadi heartless.

Maaf.

20 Mar 2013

Dialek

Assalamu'alaykum wbt ...

Aku adalah Johorian. Pure Johore. Dan semua housemates aku asal dari Johor. Cuma sorang tu je Penang.

Okay. Apa yang aku nak cakapkan di sini adalah, setiap negeri dialeknya berbeza. Juga, setiap negeri, gaya bahasanya berbeza.

Orang Johor, cakapnya sebegini.
Orang Somban, cakapnya sebegitu.
Dan seterusnya...

Cuma, bila ada perbezaanya dan bila "perbezaan" tu berjumpa, pasti akan ada salah faham dalam komunikasi. Fakta! Walaupun tak semua yee.

Dulu, masa zaman schoolhood, orang cakap dengan aku orang Melaka dan Utara cakap kasar [ maaf ]. Dan aku ni jenis yang cepat terpengaruh, percayalah hidup-hidup sampai dorang kena blacklist. -_-' Tapi... bila dah masuk Uni. Dah berjumpa dan berkawan dengan orang dari pelbagai negeri, sama je semua. Sebenarnya, bila kita cakap orang negeri tu baik, orang negeri ni jahat and so on, itu semua adalah mind set.

I myself berkawan dengan orang dari negeri Kelantan, Selangor, Kedah, Penang, KL dan sebagainyalah. Alhamdulillah, aku takda masalah dengan semua tu walaupun majoritinya dari Johor juga. Bagi aku, bila dapat berkawan dengan orang dari luar negeri kita, secara tak langsung minda kita akan terbuka. Takdalah minda tu asik dalam tempurung jeee. Yang menyatakan tentang jahat baik seseorang tu adalah kerana sikap mereka sendiri bukan asal negeri mereka.

Seronok apa bila kita berkawan dengan orang dari pelbagai negeri. Boleh dengar dan secara tak langsung boleh belajar loghat mereka. Aku paling suka loghat orang Nogori dengan utara. Seronok kalau dengar dorang bebel dengan bahasa ibunda negeri mereka.

Cuma, ada cerrtain negeri la yang sedikit payah untuk menerima kehadiran orang luar. Payah untuk menerima budaya luar. Mereka ni kalau boleh, nak kita mahir bahasa mereka bila berkomunikasi. Ada tu setengah dari mereka, bila datang negeri orang pun dia nak kita cakap bahasa mereka. Bukan nak kutuk ke apa ke, cuma aku tak boleh terimalah dengan sikap yang ketidakterbukaan mereka. Bagi aku, mereka ini adalah orang yang terlalu close-minded & narrow-minded.

Ada satu kejadian tu, perbualan antara seorang pemuda dengan seorang kakak. Secara zahir dan batinnya, aku tak dengar pula si pemuda tu cakap kasar dan tengking-tengking kakak tu. Bagi aku, kira dah cukup berhemah tutur bicara pemuda tu. Di tempat kejadian, kakak tu beria-ria cakap pemuda tu tengking dia padahal pemuda tu cakap tak. Pemuda tu hanya bercakap yang benar. Tapi, cara kakak tu bercakap, walau tak kasar tapi gaya nak marah-marah je. Yang paling mengherankan, kakak tu boleh cakap pada pemuda tu, "awak tu orang luar. Jagalah bahasa tu sebab bahasa awak tu seperti menengking."

Hahh?? Sekarang ni, sapa tengking sapa? Aku sebagai pelakon tambahan kat tepi tu hanya mampu tercengang je. Dan aku tak faham, kenapa perlu berkata "AWAK TU ORANG LUAR"? Kenapa??

Maaflah kalau ayat-ayat aku seperti kasar atau memburukkan ke apa ke. Aku rasa ia perlu diceritakan hanya untuk perkongsian dan juga mungkin untuk pengajaran bagi aku dan semua. Mungkin. Bukan untuk mengaibkan.

Maaf.

Wassalam