23 Oct 2013

Perlu ke semua tu?

Assalamu'alaikum wbt ...

Entah kenapa dengan diri ini sejak usia makin bertambah ni? Entah apa yang perlu aku marahkan? Entah apa yang perlu aku nak kecil hati sangat? uhhh...

Terlalu banyak masalah di sekeliling, buat aku jadi penat. Sampai rasa seperti nak lari sebabkan masalah yang SAMA tiapkan masalah itu datang. Bukan. Bukan itu maksud aku untuk menjadi pengecut dengan melepaskan diri dari masalah. Aku cuma penat kerana masalah yang berkaitan dengan keliling aku yang tak wajar untuk masuk campur.Tapi, aku rasa ia juga tanggungjawab aku juga untuk masuk campur. Entahlah bhaii.  

Aku, tak pandai kawal emosi bila marah menguasai aku. Nak kawal, aku diam. Merungut dalam hati atau bebel sorang sorang. Tapi, semua itu buat aku jadi penat. Teramat penat. Lagi lagi, bila minda terlalu overthinking. Ah, rasa macam semua tak betul. Rasa macam mereka semua benci aku. Ah! Ah! Begitu hitam fikiran aku.

Pernah aku cuba untuk be matured bila masalah itu dan masalah lain lain datang. Kebanyakkan semua gagal. Pernah cuba untuk sentiasa positive thinking, tapi entah kenapa kepala otak ni mesti nak menangkan yang negative thinking





Dan sebenarnya, aku terlalu cemburu dengan mereka. Dan tak tahu, atas alasan apa. Erghhh, bencilaaaa

No comments:

Post a Comment