23 Oct 2013

Perlu ke semua tu?

Assalamu'alaikum wbt ...

Entah kenapa dengan diri ini sejak usia makin bertambah ni? Entah apa yang perlu aku marahkan? Entah apa yang perlu aku nak kecil hati sangat? uhhh...

Terlalu banyak masalah di sekeliling, buat aku jadi penat. Sampai rasa seperti nak lari sebabkan masalah yang SAMA tiapkan masalah itu datang. Bukan. Bukan itu maksud aku untuk menjadi pengecut dengan melepaskan diri dari masalah. Aku cuma penat kerana masalah yang berkaitan dengan keliling aku yang tak wajar untuk masuk campur.Tapi, aku rasa ia juga tanggungjawab aku juga untuk masuk campur. Entahlah bhaii.  

Aku, tak pandai kawal emosi bila marah menguasai aku. Nak kawal, aku diam. Merungut dalam hati atau bebel sorang sorang. Tapi, semua itu buat aku jadi penat. Teramat penat. Lagi lagi, bila minda terlalu overthinking. Ah, rasa macam semua tak betul. Rasa macam mereka semua benci aku. Ah! Ah! Begitu hitam fikiran aku.

Pernah aku cuba untuk be matured bila masalah itu dan masalah lain lain datang. Kebanyakkan semua gagal. Pernah cuba untuk sentiasa positive thinking, tapi entah kenapa kepala otak ni mesti nak menangkan yang negative thinking





Dan sebenarnya, aku terlalu cemburu dengan mereka. Dan tak tahu, atas alasan apa. Erghhh, bencilaaaa

13 Oct 2013

Perhentian Island's Trip - Part 1

Assalamu’alaikum wbt…
Around 3 weeks past (20th & 21st September), I and my classmates were went to Perhentian Island, Terengganu. Actually, this trip was plan by HZ – my housemate; since last semester. Saje je mula mula tu. Then, invite lah classmates siapa yang willing nak join this trip. Alhamdulillah, adalah dalam 22 orang yang joined this trip. Meriah. Oh ye, tempat yang kami pergi adalah Pulau Perhentian Besar.

20th September 2013:

At 8.00 am, we were headed from Kota Bharu to Jeti Kuala Besut by Cityliner bus. It takes less than 2 hours before we arrived at jetty. For a while we waited our tour guide (kot) to fetched up us at jetty, jalan jalan lah dulu cari sarapan dan tengok apa yang menarik kat jeti. Sambil tu, survey la kedai mana yang jual souvenir and clothes yang termurah. Heee.

before heading to Kuala Besut



jejaka jejaka idaman. sangat laaa.

before off to island. weheee

Bla bla bla, almost 2 hours jugak la kami duduk menunggu bot di jeti and at around 12 noon, we were finally arrived at island. Weheee. Tak kira pulak masa dari jeti ke pulau tu makan masa berapa minit. Ada kot, almost 30 minutes gitu. Kot la. Dahla dengan pakcik drebar bot tu bawa laju macam nak drift. Terhentak hentak jugaklah sampai tak sedar, aku genggam tangan kawan aku sepanjang perjalanan. Sampai pulau je, lenguh tangan sebab genggam kuat sangat. Yelah, takut terbang masuk laut kang. Hahaa. Tapi, sempat jugak lah aku menyaksikkan keindahan ciptaan Allah. Subhanallah!

inilah dia kawan yang aku genggam tangan dia sampai naik kebas. hee. 
Madam SFO cakap muka dia macam ainan tasneem. 

here we were!!


mencari signal line. masing masing muka stress. ahahaa :p
notes: line Maxis & DiGi takda ye. 

wot wot. boipreng wey boipreng.

Sampai je di pulau, kami terus check-in, letak barang dan makan! Pukul dua petang, kami terus bersiap siap untuk snorkeling. Ada 3 port snorkeling kami pergi. Ada satu port tu, kami dilihatkan penyu. Tapi malangnya untuk si rabun macam aku ni, memang tak nampaklah penyu tu. Yang nampak hanyalah benda yang gerak gerak je walaupun abang yang pimpin kami tu beria cakap tu penyu. Ahahaa, nasib lerr. Yang confirm aku dapat lihat dengan jelas, nemo dengan segala jenis ikan dan juga batu karang. Paling menakjubkan aku bila ternampak ikan colour rainbow. Masha-Allah. Lawa wei. 









Last port tempat kami snorkeling, tour guide cakap tu tempat shark. Malangnya takda pun shark tu. Mungkin bukan rezeki kami hari tu nak tengok shark kot. Our tour guide told us that shark was too shy to meet us. Ahaha. Yolah.




At the night, we were doing our own activity after we had our dinner. Siap minta tolong dari seorang pakcik yang resident kat pulau tu buatkan bonfire. The moment yang paling syok malam tu bilamana, kami beramai ramai berjalan sambil bernyanyi di persisiran pantai. Macam macam lagu kami nyanyikan, lirik betul ke salah ke, semua ditibai. Ahaha. Dah penat masing masing, masuk bilik tidur! 

pakcik yang baik hati, willing bantu kami buatkan bonfire.

siap ada free show lagi. 



Bersambung…


Wassalam.


16 Sept 2013

I did it!

Finally.
I did it. Yes, I did it!







Malu laaaaaaaaaaaa weii
Sekian.




21 Jul 2013

Before holiday

Assalamu'alaikum wbt . . .



12hb julai yang lepas, aku dengan sebahagian dari classmates berbuka puasa sama sama di Restoran Ikan Bakar Khafi, Wakaf Baru. Sambil sambil tu meraikan Ramadhan dan juga meraikan sebab dah tamat belajar untuk semester 3, di tahun pertama. Hehehe . . . 

Alhamdulillah, makanan kat restoran tu sedap. Dengan berbayar seorang RM16, dapatlah makan sayur kailan ikan masin, ikan siakap tiga rasa, ikan siakap sambal, ikan jaket bakar, tomyam ayam dan seafood dan air tembikai. Tak dapat nak tunjuk gambarnya sebab ter-delete. Huuu . . .

Atas permintaan ramai, [ tak ramai mana pun ], aku buatkan puding kastard kuah koktail sebagai pencuci mulut. Alhamdulillah juga sebab mereka suka. Entry untuk lain kali nanti, aku kongsikan resipinya. [=

Sambil sambil tu, kami semua ambil kesempatan sambut hari jadi mereka yang lahir bulan 7 dan 8.

HB to syuk, zaki, yun, ziera, intan and aima from cs221-3B

Tapi yang datang birthday gilrs. Birthday boy si syuk tu datang lambat sikit. 

Yang ni dari Nad, dapat masa hantar yun, ziera dan intan balik kat stesen bus. Tapi paling mengharukan kan kan, nama kita pun ada jugak walaupun 3 bulan lagi kot. Heeeee . . . Thanks Nad.





Puding Roti Karamel Oren dan Sos Kastard yang simple

Assalamua'alaikum wbt . . .

Alhamdulillah. Selesai sudah untuk ramadhan peringkat awal, iaitu peringkat dimana penuh dengan rahmat Allah. In shaa Allah. Sekarang ni, masuk pula fasa pertengahan ramadhan, fasa keampunan. Marilah kita sama sama perbanyakkan bertaubat kepada Allah dan semoga Allah terima taubat kita. Mudah mudahan. [=

Berbalik pada tajuk entry ni, aku nak kongsikan hasil puding yang aku buat untuk juadah buka puasa. Sebenarnya, juadah ni aku buat dua hari lepas punya, tapi kali ini baru ada mood nak menaip. Hehehe . . .

Hajat hati mula mula tu nak buat puding oreo tapi ternampak puding yang macam lagi menarik dan ringkas sangat kalau nak buat. Jadi, aku postpone dulu puding oreo tu. Heeee . . . Dan sebenarnya aku macam tak percaya aku boleh buat puding roti karamel sebab aku ni memang tak berkenan langsung kalau roti ni dibuat puding. Macam pelik la. Tapi bila dah buat tu, not bad wei!! Sedap. Alhamdulillah.

Bahan bahan yang diperlukan nak buat puding roti karamel :

Gula hangus -
3 sb gula digoreng sampai keperangan dalam kuali dengan api sederhana dan kemudian tambah 1 sb air. Goreng sampai macam kehangusan sikit. Api jangan besar tau. Kang hangus habis nanti tak sedap pulak rasanya. Pahit. Dah siap tu, masukkan dalam bekas yang sesuai untuk dikukus dan ketepikan.

Puding roti -
4 keping roti putih
1 sk esen vanila [ tapi aku letak esen oren sebab dah habis, tu sebab nama puding aku ada "oren" ]
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur [ pukul manja dan kemudian tapiskan ]

Blender semua bahan kecuali telur sampai hancur dan sebati. Kemudian, masukkan telur yang siap dipukul dan ditapis tu. Blendkan sekejap dan tuangkan terus ke dalam bekas yang kita isi gula hangus tadi.


Kemudian, kukuskan selama 40 minit - 1 jam ke dalam pengukus. Oh ye, sebelum nak blend bahan tu, panaskan dulu pengukus supaya nanti senang dan cepat sikit masak pudingnya. Dah siap masak, sejukkan dalam peti sejuk sebelum menikmatinya.

Dah siap, inilah hasilnya. Taraaaa.

Hahaha. Memang buruk rupanya tapi rasanya sodap wei. Kawan aku kata macam telur mata lembu. Ciss. Unik apa. ^^;

Yang ni pula, aku tambah dengan sos kastard sebab separuh puding tu takda gula karamelnya. Sedap jugak.

Sos Kastard -
2 sb tepung kastard
2-3 sb gula
1 cawan susu cari
1 cawan air
1 biji telur dipukul sampai kembang [ aku tak letak sebab takdan nak pukul ]

Campur semua bahan dan kacau sampai sebati. Kemudian, panaskan atas api yang sederhana. Masak sampai masak atau sampai nampak macam nak nak likat. Nak cair lagi, tambah sikit air. 

Selamat mencuba. [=