Showing posts with label Makan Minum. Show all posts
Showing posts with label Makan Minum. Show all posts

21 Jul 2013

Puding Roti Karamel Oren dan Sos Kastard yang simple

Assalamua'alaikum wbt . . .

Alhamdulillah. Selesai sudah untuk ramadhan peringkat awal, iaitu peringkat dimana penuh dengan rahmat Allah. In shaa Allah. Sekarang ni, masuk pula fasa pertengahan ramadhan, fasa keampunan. Marilah kita sama sama perbanyakkan bertaubat kepada Allah dan semoga Allah terima taubat kita. Mudah mudahan. [=

Berbalik pada tajuk entry ni, aku nak kongsikan hasil puding yang aku buat untuk juadah buka puasa. Sebenarnya, juadah ni aku buat dua hari lepas punya, tapi kali ini baru ada mood nak menaip. Hehehe . . .

Hajat hati mula mula tu nak buat puding oreo tapi ternampak puding yang macam lagi menarik dan ringkas sangat kalau nak buat. Jadi, aku postpone dulu puding oreo tu. Heeee . . . Dan sebenarnya aku macam tak percaya aku boleh buat puding roti karamel sebab aku ni memang tak berkenan langsung kalau roti ni dibuat puding. Macam pelik la. Tapi bila dah buat tu, not bad wei!! Sedap. Alhamdulillah.

Bahan bahan yang diperlukan nak buat puding roti karamel :

Gula hangus -
3 sb gula digoreng sampai keperangan dalam kuali dengan api sederhana dan kemudian tambah 1 sb air. Goreng sampai macam kehangusan sikit. Api jangan besar tau. Kang hangus habis nanti tak sedap pulak rasanya. Pahit. Dah siap tu, masukkan dalam bekas yang sesuai untuk dikukus dan ketepikan.

Puding roti -
4 keping roti putih
1 sk esen vanila [ tapi aku letak esen oren sebab dah habis, tu sebab nama puding aku ada "oren" ]
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur [ pukul manja dan kemudian tapiskan ]

Blender semua bahan kecuali telur sampai hancur dan sebati. Kemudian, masukkan telur yang siap dipukul dan ditapis tu. Blendkan sekejap dan tuangkan terus ke dalam bekas yang kita isi gula hangus tadi.


Kemudian, kukuskan selama 40 minit - 1 jam ke dalam pengukus. Oh ye, sebelum nak blend bahan tu, panaskan dulu pengukus supaya nanti senang dan cepat sikit masak pudingnya. Dah siap masak, sejukkan dalam peti sejuk sebelum menikmatinya.

Dah siap, inilah hasilnya. Taraaaa.

Hahaha. Memang buruk rupanya tapi rasanya sodap wei. Kawan aku kata macam telur mata lembu. Ciss. Unik apa. ^^;

Yang ni pula, aku tambah dengan sos kastard sebab separuh puding tu takda gula karamelnya. Sedap jugak.

Sos Kastard -
2 sb tepung kastard
2-3 sb gula
1 cawan susu cari
1 cawan air
1 biji telur dipukul sampai kembang [ aku tak letak sebab takdan nak pukul ]

Campur semua bahan dan kacau sampai sebati. Kemudian, panaskan atas api yang sederhana. Masak sampai masak atau sampai nampak macam nak nak likat. Nak cair lagi, tambah sikit air. 

Selamat mencuba. [=






28 Aug 2012

Syawal 1433H/2012M

Assalamua'alaikum wbt .  .  .

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin buat semua umat Islam, terutamanya keluarga, sanak saudara dan shabat handai. Jika ada terkasar bahasa, terkasar perilaku dan termakan kata atau makan minum, minta diampunkan dan dihalalkan sentiasa. InsyaAllah [=.

Raya tahun ini, takdalah semeriah seprti sebelumnya. Kurang rasa hangat kemeriahan raya itu. Tapi aku tetap bersyukur kerana masih dipinjamkan nafas oleh Dia untuk aku hidup di bulan Syawal 1433H/2012M ini. Alhamdulillah. [ cumanya, rasa takut kalau-kalau tahun depan tak dapat sambut Ramadhan dan Syawal. Ya Allah, panjangkanlah umur ku ]

Moist Chocolate Cake with Cheese Cream Layer

Sebernarnya, cheese cream tu adalah Chessy Layer. Buat masa tengah bosan-bosan kat Jubail masa bulan puasa tu. Disebabkan, rasa cheese nya yang amatlah kuat, rasa macam tak sedap nak makan macam tu. Jadi, bila nak balik Malaysia tu, bawalah balik sekali Chessy Layer tu. Yelah, nak tinggalkan rasa membazir sebab pasti ayah takkan makan punya. Ingat nak buatlah kuih raya ke dengan chessy layer yang tak menjadi tu. Search kat Google, jumpalah resipi kek ni. Lebih kurang je.

Resipi Chessy Layer (  those anyone who want to try it ) : Chessy Layer [ I used strawberry jam as a filling ]

So, these is rupa my Chessy Layer la. Memang tangan ni tak kreatif bab-bab menghias.


*aku ganti susu segar dengan susu coklat Dutchlady, minyak masak dengan setengah butter yang dicairkan.

Ikut resipi asal cheese cream untuk kek ni, filling strawberry takda tapi sebab aku recycle bahan yang terbuang, anggaplah this is Moist Chocolate Cake with Strawberry Cheese Cream Layer

Sedap. Alhamdulillah. Kakak sedare pun cakap sedap, kurang manis. Alhamdulillah.

Wassalam




30 Jul 2012

My 1st Hand-made Tiramisu ^^;


Assalamu'alaikum wbt & salam Ramadhan Mubarak ...

Zaman orang sibuk cakap pasal kelazatan kek Tiramisu [ demam Tiramisu ], aku trylah search recipenya. Masa tu aku tengok resipi macam susah aje nak buatnya sebab masa tu tak kenal apa itu “whipped cream”? Apa itu “cream cheese”? Lepas tu fikir, mesti mahal barangnya. Sekarang ni, bila dah tahu semua tu, harga pun takdalah mahal, terpanggil nak buat kek tiramisu. Memang simple.Too much simple nak buat kek tiramisu ni.

Bahan- bahannya:
200 ml whipped cream
250 ml cream cheese
½ cawan gula halus [ aku letak gula icing dalam 1 cawan ]
Satu paket 2 in 1 Nescafe
Air panas
Sebiji kek coklat / chocolate sponge cake [ aku guna kek coklat yang instant dalam paket kotak tu je ]
Serbuk koko



Kek coklat instant yang siap di kukus. 


Cara – caranya:
1. Pukul whipped cream, cream cheese dan gula hingga kembang dan gebu. Kalau takda mixer nak pukul tu, gunalah cara manual. Macam aku, guna whisk je. Traditional sebab rumah ni takda mixer.



2. Dah kembang ke tepikan dulu.

3. Bancuh Nescafe dengan air panas. Potong kek coklat kepada dua bahagian. Basahkan kek dengan air Nescafe tadi.

4. Letak cream yang dipukul tadi di atas bahagian pertama kek. Lepas tu, letak pula bahagian kedua kek coklat dan kemudian akhir sekali letak cream sebagai topping.

5. Hiaskan kek tadi dengan koko. Ikutlah kreativiti sendiri. Sebabkan rumah ni ketiadaan stok koko, aku letak je serbuk Nescafe sikit sebagai nak cantik – cantik. Tak boleh letak banyak – banyak sebab aku kurang gemar kalau makanan yang ada perasa kafein. Hee

6. Masukkan dalam peti ais untuk seketika untuk “keraskan” creamnya.

Tadaaaaaa!!!



Inilah kek tiramisu yang siap di hias sebelum masuk ke dalam icebox. Rasa yang nyum nyum [= Alhamdulillah.


Whipped cream jenama Almarai, 500 ml: SR 6.50 [ RM 5.2 - MURAH!! sebab kat Malaysia sama harga dengan yang 250 ml ]
Kalau di Malaysia, aku guna jenama Pauls. Kotaknya warna biru, dari Australia. Sebabnya jenama Pauls je ada tanda halal. 


Soft Cream Cheese Spread

Wassalam...




22 Jul 2012

Jubail - Part 2

Assalamu'alaikum wbt & Salam Ramadhan Al Mubarak [=

Sekali lagi, kita masih lagi diberi kesempatan menyambut bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Sana sini di wall FB dan TL, semua meriah ucap salam Ramadhan. Tak kurang juga, ada yang text. Maaf ye kawan – kawan, tak dapat nak reply sebab luar kawasan. ['= Tapi ucapan di FB dan TL tu kira aku dah reply text korang [= .

Sementara nak tunggu waktu berbuka, daripada dok melongo tengok jarum jam bergerak, terfikir baik sambung cerita tentang entry Jubail – Part 1. Takla terfikir perasaan yang tengah lapar ni. Entry kali ni, sama macam first entry, cerita apa yang boleh dikongsi tentang Jubail. Tapi kali ni, dengan pictures lah. Sebab, yang lepas dah cerita dalam karangan. Mestilah bosan kan? Hee...


Pemandangan sekitar kawasan rumah yang kami duduk. 


Yang gate warna hijau dan bangunan yang berwarna keorenan tu lah rumah yang kami duduk. Tapi dekat 2nd floor lah. Rumah kat sini semuanya memang kena pasang aircond. Sebabnya kalau buka tingkap nanti terasa bahang and then, berabuk. Dan – dan kalau ribut pasir. Naya jee dalam rumah berpasir. Pasir tu pulak halus macam tepung. Boleh buat tepung gomak. [ Nak makan? Hee... ]


All kind types of moisturizer, lotion etc that I used. Mula – mula datang je aku guna tiap waktu. Sebab cuaca luar panas, dalam dok terperap dalam sejuk aircond, kulit keringlah. Letak moisturizer kat muka, terasa pedih macam kena sunburn. Dah minggu kedua, pagi sekali, malam nak tidur sekali. Kecuali kalau keluar, memang kena sentiasa pakai. Cuaca panas sini tak sama macam kat Malaysia.




HyperPanda Supermarket. Tempat beli barang dapur dan keperluan. Supermarket paling gah kat bandar Jubail la kiranya.



Pokok kurma pokok utama di negara ini. Kat tepi jalan, tepi highway, sana sini pokok kurma.




ATM machine tepi jalan raya je. Sana sini ada. Nak withdraw pun senang je. Tengah drive, kalau rasa nak withdraw, tak payah susah cari bank. Macam drive-tru. Kalau kat tempat kita, “selamatlah” . . .



Kat sini tak susah nak cari kedai makan fast food. KFC, McD, Pizza Hut, Domino's etc.



Bangunan di sini kebanyakanya warna pastel. Warna tanah. Mungkin bila kena ribut pasir, takla nanti bangunan tu nampak kotor.

Bukit emas di tepi highway. $$


Pemandangan tepi highway.

Thai Restaurant: Longan, Bean Vermicell with Lemon Juice and Hot Chilli [ size S ] and Fried Rice with Shrimp [ size M ]. 

Kat sini memang ada size untuk setiap hidangan. Untuk orang Asia seperti kita: size S untuk sorang, size M untuk 2 atau 3 orang, size L untuk ramai. Tapi kalau untuk orang Arab ni, size L tu mungkin takda masalah untuk seorang.

*Gambar 25 & 26.
Inilah kehebatan orang sini [ seperti yang aku katakan pada first entry ]. Dari lorong sebelah kanan boleh masuk lorong kiri. Taktik nak potong que kat traffic light. Ada tu, kalau kereta polis atau ambulans laju, lagi laju mereka pandu dari polis dan ambulans tu. Hahaha. Kalau tempat kita, nampak polis, amboi! Sopannya dia memandu. Tapi tak kat sini. Macam – macam ragam.

Okaylah, waktu berbuka hampir tiba. Aku tamatkan entry ni dengan ucapan terima kasih pada kamu yang sudi menjengah blog toinnamaglamorku yang tak seberapa ini. Heee [=

Wassalam . . .





7 Jul 2012

Esok [=

Assalammu'alaikum wbt . . .


Salam hari Sabtu semua. Esok dah Ahad. Penghujung minggu. Kalau time – time sekolah atau kat kampus, hari minggu adalah hari yang paling ditunggu – tunggu. Sebab masa tulah kita nak “ berehat “ dari buku – buku tersayang. [ ceh, tak payah tunggu hari minggu pun sebenarnya . . . ].

Tapi kali ni, hari Ahad [ esok ] yang ditunggu adalah hari penghijarahan sebentar buat aku dan ibu ke KSA. Haha. Seronok. Yeay, dapat naik flight lagi. Insha – Allah. Tapi, seronok – seronok juga. Doa' jangan lupa [= .

1.

Doa naik kenderaan. Bacalah tak kiralah naik kereta ke, motor ke, flight ke atau apa saja jenis kenderaan. Mudahan Allah berkati perjalanan kita. Insha – Allah [=

2.    Sebelum atau sepanjang melakukan sesuatu urusan tu, bacalah doa ini. Insha – Allah, Dia akan bantu untuk permudahkan urusan kita berjalan lancar. Insha – Allah, urusan kita juga dijauhkan dari sebarang halangan. Mudah – mudahan. [ Doa ini aku selalu baca masa tengah blank nak jawab exam. Alhamdulillah ]




3.    Doa' mendapat perlindungan dalam perjalanan:

“ Wahai bumi, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah. Aku memohon perlindungan dari kejahatanmu dan kejahatan yang ada padamu dan kejahatan yang dijadikan padamu dan kejahatan di setiap benda yang melata bumi. Aku memohon dari setiap kejahatan binatang buas, ular, kala dan kejahatan penduduk ini dan kejahatan syaitan dan keturunannya. ”

Semoga perjalanan dan urusan kami dipermudahkan oleh Allah. Semoga juga, niat kami diterima dan diredhai Allah. Insha – Allah.



Nasi lemak ayam goreng. Menjadi, anak tunggal sementara ni, sengaja la nak mengada – ngada. Ibu masak ketam. Tapi dapat ayam goreng. Sebab takut gigi patah makan ketam. Haha.

p/s : ZJ jr dan Mamat tak dapat join this trip sebab tuntutan as a student. Belajar elok - elok ye wahai adinda - adinda ku. Hehehe [=

Terima kasih.

5 Jul 2012

Hobi waktu cuti

Assalamua'alaikum wbt . . .

Lama tak mengapdate sejak cuti semestar dua bulan lepas. Haha. Bukan takda masa, tapi malas nak menaip. Cuma tak tahu kenapa hari ni rajin. Heee . . . Mungkin terasa nak kongsikan sesuatu dengan pembaca.
 
     Cuti - cuti ni sementara nak tunggu kemasukan ke degree bulan September nanti, memang la melangut jela kat rumah ni. Dan - dan pulak kena dengan orang yang kononnya beria - ia nak kerja kumpul duit masa cuti tapi akhirnya duduk rumah " bina badan " [ aku la tuu ]. Memanglah nak kerja tapi ayah cakap kalau boleh tak payah kerja dulu, nanti dah lepas degree barulah kerja. Bila dah macam tu, terasa malas la pulak. Tanam azam, nak cuti puas - puasla. Haha. Pemalaskan. Tapi syok apa bila duduk rumah. Masa nilah nak belajar masak macam - macam masakan. [ tapi masakan yang aku suka jelah. hee ].

     Awal cuti tu terpaksa tinggal berdua dengan ZJ jr. Ibu terpaksa ikut ayah outstation. Sebulan lebih jugak. Jadi, nak makan ke nak apa ke, pandai - pandai sendirilah kan. Terpikir, takkan la selama tu nak makan fast food je. Haih, sukalah lemak -lemak di badan aku ni mengembangkan generasi. Datangla semangat nak belajar masak. Macam - macamla aku masak. Bila dah siap masak, tekak dan perut boleh terima rasa kepuasan tu datang. Seronok bila orang lain makan. Lagi satu, masak sendiri lagi jimat. Sekarang ni, masak dah macam hobi la. Masak untuk kepuasan sendiri dan juga perut. Haha . . .


Tadaa . . . lauk untuk lunch tadi. Masak special untuk big Madam, Ibu. Ayam masak kicap dan bendi goreng. Nyum nyum, sedap walaupun simple


Ini pula untuk tea-time. Milo ais, buah melaka dan kuih lapis pelangi. 

19 Nov 2011

Dari RED ke MAROON .

Assalamua'alaikum wbt .

Dalam menghabiskan sisa sisa cuti semestar , saja la nak lepaskan gian habiskan stok tepung , telur dsb . Nanti takla " meroyan " bila dah balik ke kampus . Ahah . Klik sana klik sini . Terjumpa satu resipi kek red velvet . Kek apa tu ? Nak tahu sangat apa istimewanya kek ni , buat jelah . Jadi , inila hasilnya .






See . Saja menggatal letak warna biru sikit . Tu pasal jadi maroon . But , it looks nice . Cuma rasa . Ahah . Boleh la . Kalau nk cuba , ini resipinya . Copy paste dari My Resipi je . Selamat mencuba .

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

21 Oct 2011

Warna warni Butter Moist

Assalamua'alaikum wbt .

Dah lama rasanya pendam rasa ni . Sebulan lebih . Tangan ni rasa gatal je nak kacau kacau tepung . Telur . Nak timbang gula . Hidung ni asik terbau bau je keharuman kek yang beraneka rasa . Kempunan kot . Memang la masa tu menyeksa dan menggoda perasaan bila otak ni asik terpikir je . Tu belum lagi tengok gambar kat tenet . Dan dan bila tengok movie korea Antique Bakery . Hush . Mangai . Jadiiii . . . bila dah bercuti semesta ni , apalagi . Hampir dua minggu dok melongo , inila hasilnya . . .



Tadaaa . . .





Warna Warni Butter Moist . Meriah mak ngah tu warna nyerr . Sampai ibu pesan , " Lain kali jangan letak pewarna banyak sangat . Banyak bahan kimia . " Baik buuu . * Tengok lama lama pun , seram kot . Tapi lawa la . Tambah lagi , nyumieeee .

Ini resipi kek yang menarik menawan ini . 
Maklumat tambahan :
Sebelum dituangkan dalam bekas atau loyang , bahagikan adunan ke beberapa bahagian . Pastu , titiskan la sedikit pewarna ikut suka . Sebagai contoh , Warna Warni Butter Moist terdiri dari 5 warna . Biru , merah , oren , hijau dan ungu . Mula tuang la dulu warna biru , kemudian hijau , merah , oren dan akhir sekali warna ungu .

Untuk cream butter :
100 gram buttercup ( suhu bilik )
60 gram shortening
100 gram icing ( diayak )
2 sudu susu segar ( kalau rasa cream tu kering , baru letak )
Beberapa titis jus lemon
Pewarna ( ikut suka - disebabkan kek nyerr dah meriah , cukupla cream butter berwarna putih . Karang terlebih meriah pulak . Hee )

Pukul butter , shortening dan icing sampai kembang , gebu dan putih . Takpun , nak tahu dah cukup kembang ke belum , tonggengkan bekas . Kalau cream tu tak jatuh , ok. Dah siap untuk dihiaskan atas kek dan makan . Tapi nak cantik , letak la pewarna . Oh ye , jus lemon tu cuma untuk rasa masam masam sikit . Taknak letak pun takpe .

Enjoy your meal (= . Nyumie nyumie