21 Oct 2011

Warna warni Butter Moist

Assalamua'alaikum wbt .

Dah lama rasanya pendam rasa ni . Sebulan lebih . Tangan ni rasa gatal je nak kacau kacau tepung . Telur . Nak timbang gula . Hidung ni asik terbau bau je keharuman kek yang beraneka rasa . Kempunan kot . Memang la masa tu menyeksa dan menggoda perasaan bila otak ni asik terpikir je . Tu belum lagi tengok gambar kat tenet . Dan dan bila tengok movie korea Antique Bakery . Hush . Mangai . Jadiiii . . . bila dah bercuti semesta ni , apalagi . Hampir dua minggu dok melongo , inila hasilnya . . .



Tadaaa . . .





Warna Warni Butter Moist . Meriah mak ngah tu warna nyerr . Sampai ibu pesan , " Lain kali jangan letak pewarna banyak sangat . Banyak bahan kimia . " Baik buuu . * Tengok lama lama pun , seram kot . Tapi lawa la . Tambah lagi , nyumieeee .

Ini resipi kek yang menarik menawan ini . 
Maklumat tambahan :
Sebelum dituangkan dalam bekas atau loyang , bahagikan adunan ke beberapa bahagian . Pastu , titiskan la sedikit pewarna ikut suka . Sebagai contoh , Warna Warni Butter Moist terdiri dari 5 warna . Biru , merah , oren , hijau dan ungu . Mula tuang la dulu warna biru , kemudian hijau , merah , oren dan akhir sekali warna ungu .

Untuk cream butter :
100 gram buttercup ( suhu bilik )
60 gram shortening
100 gram icing ( diayak )
2 sudu susu segar ( kalau rasa cream tu kering , baru letak )
Beberapa titis jus lemon
Pewarna ( ikut suka - disebabkan kek nyerr dah meriah , cukupla cream butter berwarna putih . Karang terlebih meriah pulak . Hee )

Pukul butter , shortening dan icing sampai kembang , gebu dan putih . Takpun , nak tahu dah cukup kembang ke belum , tonggengkan bekas . Kalau cream tu tak jatuh , ok. Dah siap untuk dihiaskan atas kek dan makan . Tapi nak cantik , letak la pewarna . Oh ye , jus lemon tu cuma untuk rasa masam masam sikit . Taknak letak pun takpe .

Enjoy your meal (= . Nyumie nyumie

13 Oct 2011

Sajak buat si orang Johor

Kurang ajarnya tetap santun,
Lembutnya cukup jantan,
Dajalnya masih selamba,
Nakalnya bersulam jenaka,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyuman,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.
-Allahyarham Usman Awang

13 Sept 2011

Influanza Cabaran Emosi

Assalamual'alaikum w.b.t

Sejak dua menjak nikan , kerja yang dulunya sikit menjadi banyak . Betulla . Selagi bergelar manusia . Selagi kita bernafas . Kerja kerja tu semua takkan habis . Habis satu kerja , kerja lain pulak menyusul . Itulah tugas khalifah di muka bumi . Kerja yang merupakan satu ibadah . Ibadah pada DIA di atas . Mudah mudahan ibadah kita semua diredhaiNya . [ Kerja + niat yang baik ] .

3 malam bersengkang mata demi kerja . Hati yang sebal , kena ikhlas kan jugak . Demi Dia dan juga ibu ayah . Nafas pun mula tak teratur . Tapi tabahkan juga hati . Doa , istighfar & selawat banyak yang mungkin . Minta dikuatkan iman & sabar . Ya ! Salah diri ini jugak yang melewatkan kerja . Emosi ? Usah cakap lakan . Masa bengong nya datang , bengong la diri ini . [ amat yakin , mesti ada yang lagi teruk ] Jerit suka hati tak kira tempat . Yang tiada kaitan , memang malang tak pasal pasal je kena marah [ maaf  untuk mereka  (= ] . Makin tercabar emosi bila , kerja yang hampir siap , terbantut gara gara masalah yang tak diduga . Selawat la pengubat nya . Tapi diri yang hina ini , lemah jugak akhirnya .

Pada Dia .
Mengadu domba .
Minta kasih sayang Dia .
Minta keredhaan Dia . 
Mohon dipermudahkan urusan dunia akhirat .
Oh ! Baru sedar , betapa kerdilnya diri ini . Sangat la hina . Kesedaran berlaku disaat masalah bertandang . Baru la Dia dicari . Ya Allah . Moga terampun dosa dosa itu . Dosa dosa kami semua . Amin

Wassalam . . . (=

4 Sept 2011

Penamat

Assalamualaikum w.b.t.

1st of all ,



Salam Aidilftiri Maaf Zahir & Batin 

Dan tak juga lupa ,


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 untuk semua warga Malaysia . 
Saya bangga jadi anak MALAYSIA (=

Okay . Tahu dah . Raya dah lama . Merdeka pun dah lalu . Tapi takpa kan ?? Selagi Syawal masih ada , selagi bahang semangat kemerdekaan masih wujud . Selagi itu boleh ucap selamat . Hee ~ Tapi , sekarang ini takda mood untuk cerita pasal raya dan merdeka . Ini mahu kasi cerita tentang PENAMAT . Cerita tentang tajuk entri ini . 
 
Pejam celik makan minum - pejam celik balik , Eh !!! Esok dah last holiday ? ? OMG . Cuti kali ini terasa singkat . Atau hati ini yang tidak bersyukur ? [ eceh . sangat la poyo kot ] Buku buku ilmiah yang kononnyerrrr dibawa untuk " dibelai " , tetap juga terperangkap dalam luggage Pierre Cardin coklat tu dalam hampir seminggu . Sentuh pun sebab rasa kasihan . Itu pun sekejap je . Hee ~ 

pesanan buat geng : Selamat kembali ke kampus . Lalala ~




16 Aug 2011

Sob sob sob . nak balik !

Assalamu'alaikum wbt & salam ramadhan .

Suka sangat sangat lagu ini dari dulu lagi . Kalau nak dekat raya tu , buka lagu ini mesti berulang kali . Lepas tu layan feeling sedih . Lagi lagi bila jauh dari family tercinta . Peribadi , lagu raya yang ini je yang boleh buat aku lagi ingat pada mereka waktu nak raya . Eh , lagu apa ek ??

Tadaaaa . . . .
Dengar la .


Yang ini pulak edisi baru . 



Mana lagi best ? Edisi lama ke edisi baru ? (=