19 Jul 2012

Jubail - Part 1

Assalamua'alaikum wbt & Salam sejahtera dari Jubail [=

Hampir 2 minggu aku kat sini. Mungkin nak puasa, humidity kat sini adalah tinggi. Tak seperti masa awal tiba hari tu. Duduk dalam rumah, nyaman je rasa sebab dok bawah aircond. Sekali keluar... fuhhh panasnya, terasa macam masuk dalam oven pulak. Pnadangan kabur je sebab spec berwap. Hee . . . Jadi, bila keluar tu, kalau tak tahan bahang panas memang berpeluh. Terasa seperti dalam bilik sauna. Hee ^^; So far, aku baik – baik kat sini. Alhamdulillah. Rutin harian aku, bangun tidur – makan – solat fardu [ ikut waktu ] - tidur. Senangkan hidup kat sini. Lepak jee. Tapi yang susah hatinya, sebab rutinya sebegitu, faham – fahamlahkan.... =..=”

Kat sini, sosial untuk perempuan adalah terbatas. Ye, dengar macam terkongkong tapi ada juga kebaikan kenapa begini.
  1. Kalau nak shopping di siang hari mestilah berteman. Lebih elok dengan mahram atau suami.
  2. Women are not allowed drive the car. Buruk padah kalau langgar rule yang satu ini. Ayah atau suami yang bekerja di sini akan diberhentikan kerja serta – merta. [ Tapi bagi aku ada kebaikannya sebab pemanduan rakyat di sini, terlalu bahay untuk wanita ]
  3. Kalau shopping di kawasan yang majoritinya lelaki, then taknak rasa tidak selesa bila dipandang mereka [ mereka ini juga terdiri dari warga asing macam tempat kita. Bangla ke nepal yang duduk sini macam jakun sikit tengok perempuan ], pakailah purda atau jagalah pandangan mata tu. Itu yang selamat.
  4. Kaum wanita tak dibenarkan bekerja. Mungkin ada, tapi certain tempatlah. [ Mula - mula datang rasa janggal tengok takda kaum wanita bekerja di supermarket atau di kedai - kedai ]
Pakaian untuk hawa kalau di luar adalah arbaya atau jubah hitam. Tudung atau tak itu bergantung pada agama individu masing - masing. [ Pelik tengok wanita Arab pakai selendang. Main belit – belit tanpa gunakan pin tapi elok je aku tengok ] Mereka juga seperti kita. Terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa juga agama. Cuma hanya di Madinah dan Makkah sahaja, perempuan diwajibkan menutup aurat. [ Suka tengok kaum hawa Arab ni. Cantik mereka terselah walaupun berpurda ]

Di sini, lepas Isya' barulah kehidupan mereka “ bermula ”. Malam barulah meriah. Sebab waktu siang kebanyakan kedai – kedai tutup. Kawasan perumahan yang aku duduk ni, kira macam pekan. Takla sibuk sangat keadaanya. Kalau yang kat bandar tu yeee... Masya-Allah! Dah namanya bandarkan, faham jelah. Khamis dan Jumaat adalah hari minggu di sini.

Cumanya, nak dibandingkan sikap mereka dengan sikap orang kita, biadap orang kita masih lagi sopan untuk mereka. Mungkin sivik mereka kurang. Kurang ajar mereka lebih hebat dari kurang ajar kita. Mungkin itulah cara kehidupan mereka di sini. Kita yang tak biasa mungkin boleh kena culture shock. Cumanya kita janganlah tiru sikap mereka. Ambil yang positif dan negatif dijadikan pelajaran.

p/s: Maaf. Bukan nak burukkan sikap orang mereka lagi – lagi mereka itu tergolong dalam sausara seilslam kita. Cumanya, bila aku sendiri melihat sendiri keadaan kehidupan masyarakat di sini, ia menjadikan aku bersyukur Ya Allah kerana aku lahir sebagai rakyat Malaysia. Negara yang mengajar rakyatnya untuk menghormati antara satu sama lain dan bertimbang rasa. TAPI! Bukanlah semua orang mereka yang aku katakan buruk. Cuma sesetengah sahaja. Maaf sekali lagi [=

Tapikan, mereka semua ni masih lagi ada kehebatannya yang takda pada orang kita. Nak tahu? Tunggu entry kedua aee [=

Wassalam




11 Jul 2012

Ayubowan


Assalammu'alaikum wbt . . .


Air Asia.com - Now everyone can fly
Senai International Airport : 12.05pm
 * Rakam dari MH 1040 *


Airbus 380 : KLIA

Julai 8, 2012. Perjalanan yang hampir 7jam. Dari Johor, Malaysia hingga ke Jubail, KSA. Dari 10 pagi waktu Malaysia hingga 10 malam waktu Damam – waktu subuh di Malaysia. Tired! But, syukran jazillan Ya Allah because we safely arrived here - Jubail.

Cuaca sewaktu tiba di Damam International Airport berangin haba – 40 degree celcius. Itulah cuaca di sini. Rasa berangin tapi bahang. Cuma beza bahang di sini dengan Malaysia, kat sini kita kurang berpeluh – atau mungkin tak berpeluh langsung. Tapi kalau berjalan tu, tutuplah hidung. Sebab, hidung boleh terasa perit bila sedut udara yang bahang. Boleh jadi, taik hidung pun keras. Macam selekehkan. Haha. Tapi , serious. Betul!

Lagi satu, humidity negara timur tengah adalah rendah. Walau bahang mana pun, kita kurang berpeluh. So, bila dah duduk dalam kawasan yang ber-aircond makin kuranglah berpeluh tu. Rasa rimas tu takda. Amat sesuai untuk mereka yang malas nak mandi walau kat luar tu bahang yang amat.


Kuala Lumpur - Colombo : First flight before transit Colombo to Damam
* Sri Lankan Airlines UL 315 *



Main dishes : Sri Lankan Chicken Curry
Side Dishes : Passionfruit - dessert, vegetable salad, orange juice, plain water

55 km – jarak dari airport ke rumah sewa ayah. Pemandangan di sepanjang highway banyak jugak kereta walaupun jam menunjukkan 11 malam. Kanan kiri highway padang pasir tanpa pokok – pokok seperti di Malaysia. Sebab jet lag, tidur adalah jalan terbaik sepanjang on the way ke rumah. Kor kor kor kor . . . 


Five Hundred Rupees


Bandaranaike International Airport, Colombo : 1630hours


Meet Burger apa-nama-ntah. 
* Sementara nak tunggu 2 jam before transit flight, isi masa lapang dulu hee ... *





7 Jul 2012

Esok [=

Assalammu'alaikum wbt . . .


Salam hari Sabtu semua. Esok dah Ahad. Penghujung minggu. Kalau time – time sekolah atau kat kampus, hari minggu adalah hari yang paling ditunggu – tunggu. Sebab masa tulah kita nak “ berehat “ dari buku – buku tersayang. [ ceh, tak payah tunggu hari minggu pun sebenarnya . . . ].

Tapi kali ni, hari Ahad [ esok ] yang ditunggu adalah hari penghijarahan sebentar buat aku dan ibu ke KSA. Haha. Seronok. Yeay, dapat naik flight lagi. Insha – Allah. Tapi, seronok – seronok juga. Doa' jangan lupa [= .

1.

Doa naik kenderaan. Bacalah tak kiralah naik kereta ke, motor ke, flight ke atau apa saja jenis kenderaan. Mudahan Allah berkati perjalanan kita. Insha – Allah [=

2.    Sebelum atau sepanjang melakukan sesuatu urusan tu, bacalah doa ini. Insha – Allah, Dia akan bantu untuk permudahkan urusan kita berjalan lancar. Insha – Allah, urusan kita juga dijauhkan dari sebarang halangan. Mudah – mudahan. [ Doa ini aku selalu baca masa tengah blank nak jawab exam. Alhamdulillah ]




3.    Doa' mendapat perlindungan dalam perjalanan:

“ Wahai bumi, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah. Aku memohon perlindungan dari kejahatanmu dan kejahatan yang ada padamu dan kejahatan yang dijadikan padamu dan kejahatan di setiap benda yang melata bumi. Aku memohon dari setiap kejahatan binatang buas, ular, kala dan kejahatan penduduk ini dan kejahatan syaitan dan keturunannya. ”

Semoga perjalanan dan urusan kami dipermudahkan oleh Allah. Semoga juga, niat kami diterima dan diredhai Allah. Insha – Allah.



Nasi lemak ayam goreng. Menjadi, anak tunggal sementara ni, sengaja la nak mengada – ngada. Ibu masak ketam. Tapi dapat ayam goreng. Sebab takut gigi patah makan ketam. Haha.

p/s : ZJ jr dan Mamat tak dapat join this trip sebab tuntutan as a student. Belajar elok - elok ye wahai adinda - adinda ku. Hehehe [=

Terima kasih.

5 Jul 2012

Tudung


Hobi waktu cuti

Assalamua'alaikum wbt . . .

Lama tak mengapdate sejak cuti semestar dua bulan lepas. Haha. Bukan takda masa, tapi malas nak menaip. Cuma tak tahu kenapa hari ni rajin. Heee . . . Mungkin terasa nak kongsikan sesuatu dengan pembaca.
 
     Cuti - cuti ni sementara nak tunggu kemasukan ke degree bulan September nanti, memang la melangut jela kat rumah ni. Dan - dan pulak kena dengan orang yang kononnya beria - ia nak kerja kumpul duit masa cuti tapi akhirnya duduk rumah " bina badan " [ aku la tuu ]. Memanglah nak kerja tapi ayah cakap kalau boleh tak payah kerja dulu, nanti dah lepas degree barulah kerja. Bila dah macam tu, terasa malas la pulak. Tanam azam, nak cuti puas - puasla. Haha. Pemalaskan. Tapi syok apa bila duduk rumah. Masa nilah nak belajar masak macam - macam masakan. [ tapi masakan yang aku suka jelah. hee ].

     Awal cuti tu terpaksa tinggal berdua dengan ZJ jr. Ibu terpaksa ikut ayah outstation. Sebulan lebih jugak. Jadi, nak makan ke nak apa ke, pandai - pandai sendirilah kan. Terpikir, takkan la selama tu nak makan fast food je. Haih, sukalah lemak -lemak di badan aku ni mengembangkan generasi. Datangla semangat nak belajar masak. Macam - macamla aku masak. Bila dah siap masak, tekak dan perut boleh terima rasa kepuasan tu datang. Seronok bila orang lain makan. Lagi satu, masak sendiri lagi jimat. Sekarang ni, masak dah macam hobi la. Masak untuk kepuasan sendiri dan juga perut. Haha . . .


Tadaa . . . lauk untuk lunch tadi. Masak special untuk big Madam, Ibu. Ayam masak kicap dan bendi goreng. Nyum nyum, sedap walaupun simple


Ini pula untuk tea-time. Milo ais, buah melaka dan kuih lapis pelangi.