5 Apr 2014

Keperihatinan

Assalamu'alaikum wbt...

Tiba tiba ada orang "oii" kat whatsapp. Lepas tu tanya kita, "kau okay tak? DID YOU NEED SOMEONE TO TALK?"...

Dari tengah lincah jari tekan kalkulator, terus terbejat kejap. Tersentap. Terharu. Ter ter ter...apa apa sajalah. Kalaulah tak memikirkan kat sekeliling aku ada orang. Kalaulah takda rasa malu dan segan. Dan kalaulah memang waktu itu aku di bilik, sah sah air mata terus laju keluar tanpa had limit.

Bayangkan, masa tu memang tengah serabut memikirkan masalah dunia. And then, there someone appear and concern you. Ask you DID YOU NEED SOMEONE TO TALK? I just imagine, if she was here, besides me and then ask me like that, terus dah aku menangis kat bahu dia tanpa segan silu. Menangis sampai habis air mata. [okay, itu over. air mata takkan habis.]

Sebenarnya, keluar juga la air mata tu tapi kontrol la depan kawan rumah. Malu la bhai. Lagi satu, malas nak tanya dengan soalan, "Eh, kenapa nangis??" Dan malaslah nak timbulkan pertanyaan di antara mereka nanti.

3 Apr 2014

Persoalan di kepala

Tak tahu macam mana nak mulakan.
Ikutkan hati, nak saja luahkan segala persoalan persolana yang bermain di kepala.
Tapi terbejat di mulut untuk bertanya.
Takut ada yang terluka.
Takut ada yang BOB.
Takut bakalnya terjadi "perang saudara".
Tapi, kalau fikirkan segala ketakutan tu, sampai kesudahlah persoalan itu takda jawapan.


Allahkan ada,sayang.
:)

13 Dec 2013

Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.

Kesian.
Sadis.

pergi mati semua tu!

2 Dec 2013

Random

suka hati.
suka hati.
lama lama, 
makan hati.

Terasa hati ini nak luahkan segalanya apa yang terbuku. Nak disimpan pun, buat apa. Karang berbuku buku , melarat pulak nanti. Tapi, bila diluahkan, dituding balik ke arah aku. Pulak dah! 

Terfikir jugak, apa yang berbuku dalam hati mereka tentang aku? 

Hey, sentap tak kau kalau orang menjawab pertanyaan kau dengan pertanyaan? Ataupun, menjawab tanpa melihat wajah kau dengan mempamerkan wajah yang membengkekkan? Kalau dengan orang yang kau tak pernah rapat, cuma jumpa "hey-hey-bye-bye", boleh lagi la even ada bad judgement (bohongla kalau takda). Tapi untuk situasi ni, kau dengan si kawan tu selama ni rapat dan tiba tiba dengan entah apa puncanya pun, jadi renggang. So then, how do you feel? 

I feel like a shit!  

23 Oct 2013

Perlu ke semua tu?

Assalamu'alaikum wbt ...

Entah kenapa dengan diri ini sejak usia makin bertambah ni? Entah apa yang perlu aku marahkan? Entah apa yang perlu aku nak kecil hati sangat? uhhh...

Terlalu banyak masalah di sekeliling, buat aku jadi penat. Sampai rasa seperti nak lari sebabkan masalah yang SAMA tiapkan masalah itu datang. Bukan. Bukan itu maksud aku untuk menjadi pengecut dengan melepaskan diri dari masalah. Aku cuma penat kerana masalah yang berkaitan dengan keliling aku yang tak wajar untuk masuk campur.Tapi, aku rasa ia juga tanggungjawab aku juga untuk masuk campur. Entahlah bhaii.  

Aku, tak pandai kawal emosi bila marah menguasai aku. Nak kawal, aku diam. Merungut dalam hati atau bebel sorang sorang. Tapi, semua itu buat aku jadi penat. Teramat penat. Lagi lagi, bila minda terlalu overthinking. Ah, rasa macam semua tak betul. Rasa macam mereka semua benci aku. Ah! Ah! Begitu hitam fikiran aku.

Pernah aku cuba untuk be matured bila masalah itu dan masalah lain lain datang. Kebanyakkan semua gagal. Pernah cuba untuk sentiasa positive thinking, tapi entah kenapa kepala otak ni mesti nak menangkan yang negative thinking. 





Dan sebenarnya, aku terlalu cemburu dengan mereka. Dan tak tahu, atas alasan apa. Erghhh, bencilaaaa