31 Dec 2010

Nak kongsi sikit (=

Al Mulk nama satu surah di antara surah surah di dalam al-Quran . Tahu tentang surah ni selepas baca satu novel karya somebody . Popular jugak beliau dalam kalangan hantu novel . Hee ... Then , perasan bila tiap kali baca novel beliau mesti ada al Mulk . Panasaran jugak naper beliau selitkan nama surah ni dalam tiap novel beliau . Search tenet , owh ... Baru ku tahu . Banyak kelebihan nyerr pasal surah ni . Ada rahsia nyerr . Pastu , selak lerr al Quran , cari surah al Mulk . Baca .

Ini antara rahsia atau kelebihan surah al Mulk :
1 . " Memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur , " Rasulullah SAW .

2 .  Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: " Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu , ada satu surah yang mengandungi 30 ayat , ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya . Maka selagi mana lelaki itu membacanya , selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk . "

3 . Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: " Aku sungguh gembira , sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya . "

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : " Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam , diselamatkannya dari azab kubur . "

5 . Ulama berkata : " Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab . Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka . "

6 . Saiyidina 'Ali berkata :  " Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk , nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf . "

Banyak lagi rahsia surah ni . Sikit ini saja yang mampu aku share share kan . Tapi takpa kan ? Sikit pun cukup jugak aku dapat share kat kawan kawan . Better something than never . Kalau nak tahu lebih mendalam , kawan kawan boleh lah search kat tenet pasal surah ni . InsyaAllah nanti jumpa . (= 

pst : rasa kagum dengan Kalam Allah (=


30 Dec 2010

mulanya satu lagi perjuangan

Taadaaaaaaaaaa !!!
Heee ... [sambil buat iklan colgate depan lapie]
lawa tak ? lawa tak ? 
lawa lerr ... @-@
[hey , dengar kamu di sana cakap tak lawa . it's ok]
warna warni gitu .
meriah mak ngah !
semangat uh nak belajar ... 
kredit to Yana sebab suggest buat guna paint . (=

Pst !! Lawakan timetable kat atas ? See-the-hand lerr [bangga diri pulak] Yes ! Aku akan kembali ke medan perjuangan ku untuk bertempur . melaksankan tanggungjawab anak kepada ibu ayah aku . [mood tengah semangat ni] rasa dah tepu jerr duduk rumah . hati rasa tak sabar nak start kuliah . konon ! buat lerr timetable ala ala ketong zaman sekolah dolo dolo . [aish ! tak sanggup nak tengok hari jumaat . huwa !!!] sambil tu mulalah pasang azam [tiap sem baru azam nyerr sama] "next-sem-aku-tak-nak-balik-selalu" [cumer jarang nak usahakan azam nyerr tu . ngaa ...] 
T A P I . . . !
bila dah jejak kaki di bumi sanun [kampus tercinta ku] mula lerr mengalami simptom :
1 . first day jejak kolej lagi dah homeSICK ! 
[tapi buat dosa bilang pada teman malas nak balik . ayat cover lerr wei ]
2 . bila tak dapat home-sweet-home sebab aktvt sana sinun kepala mula lerr ingat rumah . 
[memang kepala tu asik ingat rumah jerr]
3 . mengindam pulak masakan ibu . 
[call ibu nak makan itu ini , pastikan bila balik nanti ada . huyo ! besar mandat]
4 . makanan kat kampus mahal . baik aku balik jerr . murah FOC tu .
[cet, padahal memang nak balik tu . alasan saja ! hee ...]
bila dapat jer jejak kat bus Sten , nampak bus bus dan dengar suara merdu pakcik apek amoi akak 
"dik , JB dik" "kak , balik mana kak?" .hati tu bukan main lagi girang nyerr . tak boleh tunjuk secara live . kang nanti orang pikir "dier ni dah kenapa" . cover cober sikit kalau sakan pun . kalau ada geng kat sebelah takpa . share share dengan geng . kan sharing tu caring . dia pun paham perasaan anda . [geng home-sweet-home aku sepesen je . tapi dier lagi hebat dari aku] . kengkawan di kampus bising "kau ni asik balik jerr" . dengan muka selamberr , telinga buat pekak kata kata  itu ibarat angin saja lerr . hey ... aku tau kamu iri hati dengan aku . wink wink wink ... 
pesanan buat teman : selamat kembali ke kampus & selamat belajar . i lap u all ... <3 <3

Kawen

"Siapa nak kawen ? Siapa nak kawen ? Angkat tangan !!!" 
"Saya !! Saya !! "
Ngee ngaaa ...

Biler dengar kabar kawan nak "naik pelamin" , takpun rancang "buat nasi-minyak" , aih ! Telinga ni rasa sedap jerr dengar . Yelah . Nak kawan nak "bina masjid" tu . Tumpang gembira lerr . Then , masing masing berebut nak jadi pengapit lerr . Flower girl lerr . Yang tukang tabur bunga kat pengantin tu . Hee ... cute what ?
Tapi ...
Biler dengar kawan dah kawen , tak kisah lerr samaada rapat atau kureng , tetap rasa gembira jugak . Walaupun takat dengar saja . No biggie kalau tak dapat merasa nasi-minyak mereka tu . Cuma ... sikit kecik hati tu ada lerr . Tak nak lerr tipu tipu ni . Ngee ... Mungkin ada sebab mereka sebegitu . So , tak mahu lerr besarkan kecik hati aku tu , aku doakan mereka yang dah kawen tu , semoga panjang jodoh hingga ke anak cucu cicit ye (= . Okay ! Tutup kes kecik hati kecik hati ni . Dapat tengok majlis mereka melalui gambar-gambar , it's more than enough . Seronok jugak . Tiba tiba minda boleh fikir , bila aku nak kawen yerk ? Ngaaaa ... [(:
Tapi tapi tapikan ...
Kalau ler mereka itu terdiri dari golongan yang memang ler bestie everlasting , konpem kecik hati aku tu sebesar gajah . Huuu ... Sampai hati tak ajak aku join makan nasi minyak korang ? )= Takpa ... aku makan nasi dengan kicap manis Jalen pun jadi lerr . Sob 10000x T_T
Apa-apapun , aku tetap doakan kebahagiaan untuk kamu kamu semua dan kamu jugak . 




29 Dec 2010

Lavender yang keunguan aka Lantana Camara yang meriah

Ini lerr Lavender . Bunga yang buat aku giler . [bukan lerr giler yang ne-no-ne-no uh] Dan-dan color ungu pulak uh . Ayoyo . . . makin giler gamak nyerr . Teringin nak tanam di halaman tapi cuaca di M'sia tak sesuai lorh . Dapat tengok gambar jadi lerr . Sambil uh otak berfantasi lerr . Berangan melihat lavender . Dalam mimpi saja lerr .[haish ! baru tengok gambar saja dah giler . belum lagi tengok depan-depan]

Ini pulak Lavender Field . Ntah kat mana erk . Cita-cita satu hari nanti nak jejak kaki atas ladang niey . Ada ongkos banyak boleh jugak datang ke sini . pst !! dapat ber-honeymoon di sini , pasti romantik . [konon-konon hadiah perkahwinan dari si suami . siapakah ?] heee . . . 

Cute tak Granpa niey ? See his smile . Hamboi ! Girangnya dier dapat pegang some of bouquets of lavender . Gigih gitu .  [ceh , jangan-jangan atok niey so owner ladang ni kot . takpun dier kerja kumpul lavender] ah , tak kisah . janji hati tetap jeles melihat killer smile atok niey bersama lavender . Mau hari-hari tak lekang senyuman aku kalau dapat gaya seperti atok niey . ngeee . . .

Itu kisah Lavender . Sekarang pulak , scroll ke bawah . Kisah apa pulak tu . . . ?

Eh ?? Apakah ini ? Oren-kuning ? Haa . . . inilah Lantana Camara . Apa pulak itu "Lantana Camara" ? Nama glamor nyerr di sini , Bunga Tahi Ayam . Tak tahu pulak kenapa . Nak kata bau macam tahi ayam , takda lerr sampai cenggitu . Cuma takda lerr sehebat harum bunga lavender uh . [mau kerr dibuat orang tanam bunga niey kalau bau sejibik bau tahi ayam . heeeee . ] Bau sebenarnya , lupa lerr . Dulu adalah pokok niey . Tapi dah mati dah . 

Yang niey lawa sikit lerr dari atas tadi . "Lawa-sikit-lerr" sebab spesies yang niey ada tambahan warna . Orang kata , bunga niey kira dipanggil lavender versi Malaysia . Entah tang mana mereka bilang sebegini . Mungkin sebab bunga nyerr [lavender & tahi ayam] niey segompol satu tempat kot . Kalau yang kat gambar niey boleh lerr kot dikatakan lavender-Malaysia sebab ada sikit keunguan di situ . (x

See !! Even nama nyerr takda lerr segah sangat , di-plus pulak dengan bau nyerr yang takda lerr harum , cantikkan kalau dilandskapkan sebegini . Heh !! Bunga niey popular juga tahu di mata dunia . Menarik kalau mereka pandai landskapkan . [aku niey memang buta pasal landskap . minta bunga saja tahu . minta suruh dijaga , mau maut agak nyerr pokok-pokok uh. heh ! ]

Haa . . . inilah kisah si Lantana Camara . Atau senang nak faham , bunga Tahi Ayam . 

Setiap jenis bunga di dunia niey ada "kisahnya" sendiri . Tak kisah lerr lawa kerr tak lawa . Sesetengah bunga juga melambangkan maksud . Namanya jugak sudah melambangkan keagungan spesies bunga tersebut . Pilihan saya ? Lavender tetap number 1 dalam hati aku ! (= 
Anda pulak bagaimana ? [untuk sesiapa yang tiba-tiba tangan nyerr tertekan/sengaja-tekan link blog aku tu lerr]







28 Dec 2010

he he Heeeeeee ((=

Konon-konon lerr diri tu dah pro like chef wan , adunan ponn main taram letak jerr .  Hasilnya? Bantat. Malas nak tapis , terus jerr masuk loyang dan kukus. Textured nyerr pulak keras. Tanya ibu macam mana nak "renovate" balik kek tu? Cairkan balik kek tu guna air panas . Semangat uh "renovate" balik . Kali ini rajin , tapis lerr dulu. Tapi... malang sekali , terlupa letak floor sikit . Bukan maen lagi masuk oven , still cair . Then , try lerr kukus . Masih lagi cair . Haaaaaaa! Bukan maen bebel lagi ibu . Dengar saja lerr "lecture" dari ibu sambil buat muka tak bersalah . ((x Apa nasib kek yang tak menjadi uh ? Buat tak tahu sajer . Ngeee... Dah tahu nak buat macam mana lagi. As fine , sah-sah lerr ibu takkan bagi buat kek untuk masa terdekat . [Baru pikir nak tunjuk lagak pada "bakal-ibu-mertuaku"]

pst : sori kawan-kawan . gambar kek-kejadian tak dapat disisarkan kerana. . . aku segan lerr . kalau jadi boleh jugak eksyen kat korang. heeeeeeeee (=