25 Feb 2013

Oowh, durian crepe

Assalamua'alaikum wbt ...

Oh, durian~

Pada mulanya, sungguhlah aku rasa macam ketinggalan bila orang sibuk cakap pasal durian crepe? Memang tak dapat nak bayangkan, how look of durian crepe  tu. Tanya adik, "ala, macam kuih ketayap tapi ni durian. Tak sedap." Lebih kurang gitula jawapannya.

Kebetulan, ternampak la rupa durian crepe dalam FB sapa entah.

*Google*

Eh, pelik je. Tak nampak pun ketayapnya. Macam bantal je... Then, cubalah search Google the recipe of durian crepe.

PELIK la durian crepe ni. Yela, pelik sebab isi disebalik lempeng kuning tu adalah whipped-cream dengan durian. Whipped-cream???? Masa baca tu, macam kembang je tekak ni. Can't imagine la bagaimana rasanya. Tapi tetap juga nak rasa sebab orang sana sini sibuk bercerita keenakkannya.

Pendekkan cerita - macam biasalah kan. Dulu masa aku tak teringin langsung nak makan, eh.. sana sini ada. Masa aku teringin nak makan, masa tulah takda la, dah habisla dan bla bla bla lah. So, so, sooo ... jenuh nak mencari, inilah hasilnya.

Tadaaaa...

Hahaha. Macam selebet sikit durian crepe aku. 
Warna pun kusam. 
Tapi sedap
SERIUS!! (:

Resipi ini aku amik kat blog Cik Epal. Kebetulan sebab masa Google tu, resipi dari Cik Epal yang pertama aku nampak dan klik.

Whipped-cream

Pure punya buah durian yang dah dilenyek-lenyet



Selamat mencuba pada sesiapa yang ingin mencubanya. Betul, sedap. Macam nak buat lagi je. Hee

Wassalam











15 Feb 2013

Inilah ganjaran dari Dia

Assalamu'alaikum wbt ...


Allah berfirman dalam surah al-Zumar yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang bersabar akan ditunaikan dengan ganjaran yang tidak terhitung banyaknya." (39:10)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. ALHAMDULILLAH!
Dia dengar doa aku, Tuhan Yang Maha Mendengar. Permulaan pengajian diperingkat ISM yang baik. Dan inilah ganjaran dari Allah setelah berhempas-pulas melawan ujian, dugaan dan seangkatan dengannya sepanjang semester lepas.

Ibu pesan, nak dekan ke, nak foplat ke atau nak apa-apa ke, doa pada Allah dengan baik. Jangan pohon seperti mengarahkan Allah untuk dapatkan dekan atau foplat. Pohon pada Allah minta diberikan keputusan yang baik. Jadi, aku doa:
"Ya Allah, Engkau berikanlah kepada ku keputusan yang tidak mengecewakan ku dan jauhkanlah aku dari keputusan yang membuatkan riak dan jauh dari MU. Amiiin..."

Alhamdulillah. Keputusan yang tidak mengecewakan. Malah menggembirakan. Dan Inshaa Allah, mudahan tidak menjadikan aku riak. (:

Memanglah tak harap foplat sebab tahu dah takkan dapat. Sebabnya, paper untuk ITS 410 - Fundamental Information System; awal-awal dah tawwakalillah lah. Berharap untuk lepas je. Memang betul-betullah dugaan untuk paper ni, Masha-Allah! Siap sempat membute dalam dewan 1 jam! Konon-konon mengantuk sangat sebab stay-up. KONON …

p/s: Tahniah kepada semua tak kiralah dekan atau tidak. Kepada yang dekan, kekalkan usaha anda. Kepada yang bukan, Inshaa Allah rezekinya dilain waktu. Jangan sedih-sedih. 


Cerita basi

Assalamu'alaikum wbt ...

Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Puan Athirah Izzati [kawan seperjuangan waktu diploma dulu] dan suaminya, En Rahmat Toha. Dah seminggu dah mereka selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan dua kali lafaz. Alhamdulillah. 

Rasa macam syok pula tengok kawan aku dah kawen ni. Macam nak kawen jugak!! -_-'

Ucapan buat si pengantin:

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)

Semoga perkahwinan Titi & Amat berkekalan hingga ke syurga. Semoga Titi menjadi wanita, isteri dan ummi yang solehah. InshaaAllah. 

Sebahagian daripada kawan-kawan masa diploma-DQS; yang hadir. 
Cantikkan dua mempelai tuu ^^;
Muka-muka ni jugalah yang jadi "tol". 



Bluebarry Yougurt Bliss Cupcake - Khas dibuat untuk si pengantin perempuan. Terlalu simple untuk dekorasi cupcake tu sebab tangan ni bukan tangan seni. Konon-konon bunga lavender la kan. Lavender.

Sebelum

Creampuff. Takda kaitan dengan pengantin pun. Buat saja-saja sebab ibu asik cakap pasal kesedapan creampuff jiran sebelah. At first tu taknak buat, sebab pernah cuba benda alah ni. Tak sedap. Aku ni pula jenis, malas nak cuba-cuba buat sesuatu makanan tu kalau tak sedap kat tekak. Tapi ayah pesan, kita tak bolehlah ikut selera kita je baru kita buat. Bukan apa, aku takut tak jadi. Kan dah membazir. Huuuu...

Jadi, inilah hasilnya. Nak jadi anak yang solehah, aku suka ke tak suka ke, gagahkan diri juga buat crampuff yang mulanya aku tak suka demi ibu. Terlalu senang nak buatnya. Bila dah siap... eh, sedap pulak! Tak cukup satu, makan lagi satu. Lagi satu. Lagi satu. Sampai kenyang. Hee. Alhamdulillah. 

Selepas. 
Walau macam selebetkan, tapi sedap!