19 Nov 2011

Dari RED ke MAROON .

Assalamua'alaikum wbt .

Dalam menghabiskan sisa sisa cuti semestar , saja la nak lepaskan gian habiskan stok tepung , telur dsb . Nanti takla " meroyan " bila dah balik ke kampus . Ahah . Klik sana klik sini . Terjumpa satu resipi kek red velvet . Kek apa tu ? Nak tahu sangat apa istimewanya kek ni , buat jelah . Jadi , inila hasilnya .






See . Saja menggatal letak warna biru sikit . Tu pasal jadi maroon . But , it looks nice . Cuma rasa . Ahah . Boleh la . Kalau nk cuba , ini resipinya . Copy paste dari My Resipi je . Selamat mencuba .

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

5 Nov 2011

Tanda Syukur

Dup dap dup dap
Pelbagai rentak dan irama dah jantung ni
Semuanya ada
Sedalamnya nafas disedut
Tapi rakus dilepaskan
" Calm yourself , bebeh " , kata penenag buat diri sendiri .
Doa banyak mungkin pada Dia
Minta kebaikan
Mohon dijauhkan keburukan
Okeh ! Hati dah tenang . Sedikit .

Fuhhhh . Syukur .
Dia mendengar doa aku .
Dia melihat usaha aku.
Dia memberi kebaikan atas segalanya .
Alhamdulillah . Sujud syukur pada Mu , Ya Allah .
Itu tanda terima kasih aku pada Kau .
Begitu besar keagungan Mu , Ya Rabbi .
Nafas lega dah boleh tarik lepas dah .
Tapi peringatan pada diri sendiri .
Kejayaan ini bukan untuk selama .
Jangan kau alpa .
Jangan kau lupa .
Sedar di bumi mana kau berpijak . 
Atas apa kejayaan ini dapat kau raih .
DUIT.
Itulah moto aku . * heee ~

Pada mereka yang tak senasib ,
Sedih itu pastilah dirasakan .
Menyesal dan cemburu apatah lagi .
* jujur , aku penah alami situasi ini . jadi jangan bohong pada aku .
Tapi jangan pula berkabung
Hingga putus harapan dalam diri kamu .
Ayuh bangkit bersama .
Bangkit bersama harapan dan impian .
Selagi ada peluang .
Jangan dilepaskan .
Jangan kau persiakan .
Nasib kita takkan berubah kalau kita sendiri tak ubahnya .
Kejar sana cita cita kau yang berlari tu .
Bersama sekali usaha yang gigih
Tidak lupa juga bersama redha ibu ayah dan Allah
Insya-Allah ,
Yang berlari itu dapat kau dakap . Satu hari nanti .
Insya-Allah .
Jadikanlah kegagalan hari ini sebagai " balas dendam " untuk mencapai kejayaan di masa akan datang .
*  Ini perangsang kata untuk diri aku kala ditimpa kegagalan . Jadi  tak salah untuk kamu yang bersedih . (=


p/s : Untuk kawan , kita semua pandai . Tapi ada kelebihan sendiri . Mungkin rezeki kau dilain hari . Mana tahu waktu itu , rezeki kau lebih dari aku . Rezeki Allah , mana boleh di duga kan ? (=


Ehem ehem . Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua umat Islam sedunia . Saya siap untuk dikorban . heee ~

3 Nov 2011

Untuk " kawan "

Terlalu sempurna .
Terlalu indah .
Berharaplah pada kesederahanaan .
Bukankah Islam lebih menggalakan sederhana dalam kehidupan .
Ia lebih molek .
Malah akan menjadikan hidup sempurna .

Memang bohong kalau aku sendiri tak harap
Untuk yang terlalu sempurna
Tapi kerana diri sendiri yang tak sempurna ,
Cukuplah aku berharap pada yang sama juga .
Aku sedar diri .
Taknak la ' demand '

Kau
Memanglah tak sempurna di mata hati aku
Tapi bukan hak aku pertikaikan
Cuma jangan jadi insan yang terlebih rendah diri nya
Yang mungkin bukan aku yang menghina
Tapi keliling kau yang hina
Tolonglah .
Dan sedarlah 
Ketidaksempurnaan kau pernah
Mengajar aku satu erti dalam kehidupan
Yang dulu kala
Terima kasih .


" Kurang sempurna sebenarnya menjadikan hidup kita lagi sempurna "
Itulah ' quote ' yang kat mana ntah aku lihat
Aku jadikan pegangan
Dalam aku mencari sesuatu

p/s : Islam sangat sempurna . Jadi , aku sentiasa berusaha mencari kesempurnaan itu . Mungkin ketidaksempurnaa itu akan menemukan kita dengan satu yang sempurna . Who knows , right ?? (=

1 Nov 2011

1.11.11

Ada apa dengan 1.11.11 ? Tak ada apapun [ bagi aku la ] .
Hanya sebuah tarikh .
Sama seperti yang lepas lepas .
Tapi aku peroleh hadiah dari seorang teman seperjuangan .
Sebuah puisi .
Yang diminta kala umur menginjak tua . [ tak malu bukan ? hee ]
Ini puisi nyerr . Klik sini (= .

Untuk teman ,
Terharu la sangat hati ini kala duduk diam baca puisi ini .
Terima kasih teman .
Ingin jugak reka puisi buat kau .
Tapi maaf .
Aku tak reti .
Tak reti reka ayat bunga bunga ke daun daun ke .

Buat teman dan juga teman yang lain,
Selagi mana aku mampu
Selagi mana kudrat ku ada
Aku akan bantu kau , wahai teman
Walau aku hanya ada sepasang telinga
Ataupun bahu waktu itu .

p/s : obses pada novel cinta tak menjadikan aku pandai bermadah kata . Dan dan ayat jiwang . hey !